Sebenarnya kita merupakan umat pilihan disisi Allah swt. Malah boleh kita katakan kita merupakan umat yang terbaik berdasarkan firman Allah dalam Surah Al-Imran, ayat 110 bermaksud “Kamu merupakan umat yang terbaik yang dilahirkan bagi manusia. Kamu menyeru kepada maaruf dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah“.
Mengikut Imam Qatadah, Khalifah Omar Al-Khattab pernah berkata berhubung ayat ini, sesiapa yang suka digolongkan dalam golongan umat yang terbaik ini, tunaikanlah syarat Allah yang terdapat dalam ayat ini.
Sahabat nabi berjaya menunaikan syarat-syarat ini. Syarat-syarat ini ialah :
1 ) Mengajak kepada maaruf
2 ) Mencegah kemungkaran
3 ) Beriman dan melaksanakan tuntutan iman yang telah ditetapkan oleh Allah.
Perkara ini telah berjaya ditunaikan oleh para sahabat. Justeru mereka telah berjaya mencipta sejarah kegemilangan yang tidak ada tolok bandingannya. Jika kita pada hari ini juga mampu melaksanakan syarat-syarat yang 3 ini, insyaallah kita juga akan berjaya.
Sebenarnya tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan. Dunia tidak pernah menemui golongan sehebat umat ini. Mengikut sebuah hadis bertaraf hasan yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, nabi bersabda yang bermaksud “ Kamu menggenabkan 70 umat yang diutus dan kamu merupakan golongan yang terbaik dan termulia dari kalangan mereka “.
Dunia terutamanya dunia barat sepatutnya berterima kasih kepada umat ini kerana tanpa sumbangan kita iaitu umat islam, dunia tidak akan mengecap kemajuan dan pembanggunan seperti yang dikecap pada hari ini. Hal ini pernah dinyatakan tanpa segan silu oleh Carleton S ataupun Carly Fiorina, Pengerusi ataupun CEO Hewlett Packard Company. Ketika beliau menyampaikan ucapan yang bertajuk Technology Business And Our Way Of Life: What's next pada 26 September 2001 di Minneapolis Minnerota.
Beliau berkata “Pada suatu ketika dahulu, ujud satu tamadun yang terbesar didunia. Empayarnya begitu luas, bersambung-sambung dari lautan ke lautan menjangkau kawasan utara tropika dan
Akhirnya Carly Fiorina menutup ucapannya dengan berkata “Tamadun yang saya maksudkan ini sebenarnya ialah tamadun islam yang berkembang dari tahun 800 - 1600 masihi“.
Itulah kita tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan. Kita yang bernama umat islam. Umat terbaik yang dicipta oleh Allah swt. Umat yang dipuji oleh ramai tokoh di barat termasuk Carly Fiorina. Umat ini terbaik kerana mereka mementingkan ilmu, takwa dan amal.
Jadi, marilah sama-sama kita mementingkan ilmu, takwa dan amal. Kita ledakkan ketiga-tiga ini dalam diri, keluarga dan seluruh kehidupan kita dan insyaallah dengan itu kita akan menegakkan yang maaruf dan meruntuhkan kemungkaran dan melaksanakan tuntutan iman kepada Allah. Semoga kita dapat melaksanakan agenda ini insyaallah.
Jadi, marilah sama-sama kita mementingkan ilmu, takwa dan amal. Kita ledakkan ketiga-tiga ini dalam diri, keluarga dan seluruh kehidupan kita dan insyaallah dengan itu kita akan menegakkan yang maaruf dan meruntuhkan kemungkaran dan melaksanakan tuntutan iman kepada Allah. Semoga kita dapat melaksanakan agenda ini insyaallah.
0 comments:
Post a Comment