BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

BELENGU DALAM HIDUP SEORANG PEJUANG


Penglibatan kita dalam aktiviti organisasi, tidak dapat tidak kita akan merasai masalah pengurusan yang tidak teratur. Ini akan bertambah jika kita menangguhkan tugasan, tidak meluahkan masalah semasa kepada rakan karib, tekanan makin lama makin besar dan banyak. Benarkah masalah kita hadapi besar, atau masalah kita sendiri yang lemah dalam menguruskan masa? Apa yang saya nyatakan di sini adalah pandangan sahabat saya dan  pengalaman saya semasa menjadi penggerak kepada gerakan di kampus.  Pengalaman yang diperolehi dalam sepak terajang serta jatuh bangun dalam aktiviti kemahasiswaan amat banyak dan mematangkan saya, dan moga ianya merupakan kekuatan pada saya untuk berkongsi bersama.

APA MASALAH KITA?
Masalah pembahagian masa ini adalah berkait rapat dengan minda seseorang. Sekiranya makin kompleks masalah bermain dalam minda, makin kusutlah fikiran seseorang untuk dirungkaikan, menyebabkan masalah pembahagian masa tidak teratur.  Bebanan dalam kotak fikiran ini boleh menyebabkan motivasi kita akan turun, tambahan pula apabila ianya memberikan kesan pada sesuatu yang amat menakutkan ianya terjadi ke  atas diri kita. Misalannya akademik dan keluarga. Perkara ini merupakan tanggungjawab dan maruah ke atas diri kita, jadi persoalan gerak kerja dan  aktiviti kemahasiswaan akan menjadi perkara kedua apabla ianya bertembung.
Apabila kita telah hanyut dengan masalah itu, perasaan rendah diri (inferiority complex), moral lemah (demoralized) akan berlaku. Kesan paling buruk lagi ialah akan berlaku gejala (futur 'ala tariq al da'wah) atau paling ditakuti terjadinya sesuatu yang disebut mereka yang tercicir di jalan dakwah (mutasaqit 'ala tariq al da'wah).
 Gejala futur atau layu yang disebut oleh Fathi Yakan apabila dinilai dan dilihat dalam perspektif kita, ia lebih tepat berbanding istilah mutasaqit. Saya berpandangan begitu kerana, ahli kita masih lagi sensitif dan tersentuh jika mereka dilabelkan mutasaqit. Cuma komitmen mereka agak kurang, tetapi ternyata daya sensitif berkenaan menunjukkan kita masih sayang kepada gerakan dan janji  kita , cuma mereka ini dibelenggu oleh pelbagai masalah dan antara masalahnya ialah seperti yang saya bincangkan di sini.



JALAN PENYELESAIAN
Setelah kita mengetahui masalah yang menimpa kita, bagaimana nak rungkaikan persoalan dan masalah ini? Ini yang menjadi persoalan pokok ke atas kita. Sebenarnya masalah kita terlalu sedikit sahaja, tetapi apabila ia telah bercampuraduk dan bergaul dalam otak kita, maka kita merasakan ianya terlalu banyak. Itulah faktor mengapa dikatakan sedemikian. Oleh itu, kita hanya perlu keluarkan masalah itu keluar dalam pemikiran kita. Usaha ini memerlukan kekuatan daya kognitif dan mental yang kuat.  Ada beberapa  langkah yang perlu dilakukan oleh setiap ahli yang hendak lakukan perubahan dalam masalah pembahagian masa mereka. Berikut langkahnya :

Langkah Pertama:
Tanamkan azam dalam diri anda dengan menulangkan dalam hati bahawa anda akan berubah ke arah  menjadi individu yang bijak mengurus (smart person).
TO BE CONTINUE.....

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...