BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rencana Serangan Ekonomi Sebahagian Jihad

Ramai yang bertanya tindakan memboikot barangan yang
dikeluarkan dalam senarai penuh pemboikotan senarai
produk syarikat Yahudi samada relevan atau sebaliknya.
Ini adalah rentetan daripada ulasan beberapa tokoh
Ulamak Kontemporari yang menggesa Umat Islam seluruh
dunia memboikot produk-produk tersebut sebagai
sebahagian serangan balas terhadap keganasan yang
ditonjolkan Yahudi dan Amerika amnya. Di antara Ulamak
yang menyatakan demikian termasuklah Dr. Nasr Farid
Wasil (Bekas Mufti Mesir), Dr. Yusuf Al-Qaradawi dan
banyak lagi. Malah persoalan sekitar 'adakah perlu
kita memboikot?' 'kalau boikot kita orang Islam nak
beli produk apa?' ' Wajar ke kita boikot, apsal tak
boikot benda lain yang lebih besar?' dan pelbagai
persoalan lagi dilontarkan dalam isu boikot ini
seolah-olah menafikan tindakan memboikot
produk-produk keluaran syarikat Yahudi sebagai
sebahagian Jihad.

Dunia secara umumnya mengetahui apabila AS (Amerika
Syarikat) melancarkan serangan ke atas Afghanistan
gara-gara membalas dendam terhadap tragedi 11
September yang lalu, adalah satu serangan tanpa
perikemanusiaan. Sebuah kuasa besar dunia yang
menyerang sebuah negara yang antara termiskin di
dunia. Apapun Presidennya, George W. Bush menyifatkan
serangan tersebut sebagai tindakan berlatarkan
keadilan sejagat.

Ramai yang tidak tahu, Latar bumi Afganistan adalah
sebuah kawasan rantau Laut Caspia di mana Afghanistan
berada di kedudukan strategik yang mengandungi hampir
270 bilion tong minyak, lebih kurang 20 peratus
daripada simpanan minyak dunia. Ia juga mengandungi
665 kaki padu gas asli, iaitu hampir satu perlapan
daripada simpanan gas dunia.

Oleh itu dengan menyerang Afghanistan dan jika berjaya
mendirikan kerajaan dukungannya dan dibenarkan
menubuhkan pangkalan tenteranya di rantau tersebut,
Amerika boleh mewujudkan kerangka politik baru di
rantau tersebut yang juga dapat melebarkan kuasa
hegemoninya itu. Inilah antara tujuan sampingan
mengapa AS beria-ia menyerang Afganistan selain
gembar-gembur yang menyatakan tujuannya adalah untuk
menangkap cuma seorang 'pengganas' bernama Osama Bin
Laden, Pengasas pertubuhan Al-Qaeda.

Ada pendapat lain yang menyatakan tujuan AS menyerang
Afganistan adalah untuk memusnahkan gerakan Taliban
dan melenyapkan pusat-pusat latihan 'pengganas'. Namun
ini barangkali cuma salah satu tujuan bersifat politik
yang berselindung di sebalik tujuan ekonominya untuk
menguasai Afganistan dari segi kestrategikannya
sebagai pengeluar 'emas hitam'. Sebenarnya AS telah
lama menginginkan penguasaan minyak di Asia tengah.
Semenjak sebelum tercetusnya Perang Teluk lagi,
keinginannya untuk menguasai negara-negara Asia tengah
menonjol. Namun samada disedari atau tidak serangan AS
ke atas Iraq pada tahun 90-an dahulu adalah tindakan
tidak puas hatinya terhadap tindakan Iraq menyekat
industri minyak ke wilayahnya.

Minyak merupakan sumber paling penting bagi seluruh
dunia. Hanya dengan menyekat pengaliran industri
eksport minyak ke negara seumpama AS boleh melemahkan
ekonomi negaranya. Bayangkan apabila permintaan
ekonomi yang tinggi dengan penawaran yang sedikit,
sudah pasti menyebabkan kenaikan harga berlipat kali
ganda. Sedangkan kenaikan harga adalah sesuatu yang
merbahaya di dalam sesebuah negara yang mengamalkan
sistem Liberal seperti AS. Justeru, apabila Iraq
menyekat pengaliran industri minyaknya ke AS negara
itu mengalami krisis permintaan minyak yang teruk
sehingga menatijahkan penyerangannya ke atas Iraq
selain faktor-faktor sampingan.

Mungkin helah politik AS untuk menangkap pengganas di
Afganistan juga adalah tipu daya awalnya untuk
menguasai wilayah itu. Bayangkan andai AS berjaya
menakluki Afganistan, sudah tentu AS tidak akan
mengundurkan tenteranya supaya boleh didirikan
pengkalan dan menguasai sumber ekonomi negara itu.
Sedangkan dalam masa yang sama, Afganistan akan kekal
berstatus sebuah negara yang disarati ketegangan
sosial, politik, etnik dan agama serta dibelenggu oleh
kemiskinan. Apa yang akan AS usahakan untuk menjamu
penduduk Afganistan seusai penguasaannya terhadap
negara tersebut? Melainkan membiarkan kemiskinan
berterusan lantaran majoriti penduduknya adalah
beragama Islam.

Amat wajar dan bertepatanlah sekiranya kempen
memboikot produk-produk Yahudi itu semakin mendapat
sokongan dari semua umat Islam. Bayangkan dengan
memboikot produk-produk mereka memungkinkan melemahkan
ekonomi mereka. Apabila ekonomi mereka terjejas maka
peruntukan yang disalurkan untuk membeli kelengkapan
penyerangan dan penindasan terhadap negara-negara umat
Islam juga akan terjejas. Ironisnya, tindakan
memboikot produk-produk mereka adalah sebahagian dari
jihad.

Justeru tindakan memboikot produk-produk keluaran
Syarikat Yahudi dan AS adalah tindakan yang wajar.
Malah disokong pula dengan menyekat eksport minyak ke
negara itu adalah langkah yang memungkinkan
Negara-negara Umat Islam melumpuhkan ekonomi Yahudi
dan Amerika. Selama ini Islam seolah dipermainkan oleh
Kafir lantaran tidak berani menyatakan sesuatu
kebenaran. Apalah susah sangat untuk tidak berkunjung
ke KFC, Mc Donalds, Pizza Hut, Chicken Tikka, Arby's,
Kantis, Paradise dan Mc Burger yang dikenal pasti
cawangan perniagaan Yahudi. Selian itu minuman
bikarbonat keluaran Syarikat Coca-Cola, Fanta, Sprite
dan Pepsi juga antara yang disarankan. Kempen ini juga
merangkumi produk-produk keluaran Syarikat-syarikat
yang dikenalpasti milik Yahudi termasuk hampir
keseluruhan syarikat rokok. Buktikan sokongan kita
Umat Islam melalui agenda memboikot produk-produk
mereka. Kita yakin ini adalah sebahagian jihad yang
mampu dilaksanakan dengan gembelingan tenaga bersepadu
seluruh umat Islam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...