BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Politik Kotor!!!










POLITIK OH POLITIK!

POLITIK DALAM KELAMBU

MENJADI BAHAN MERAIH ISU SIMPATI RAKYAT

MENUDUH UNTUK MENJATUHKAN

KERANA BERLAINAN PEMBAWAAN POLITIK

KERANA MAHU MENJAGA SARAWAK

ISU VIDEO SEKS MEJADI BAHAN BUALAN SEMASA BERKEMPEN

KERANA KUASA ALLAH AKHIRNYA TEMPLAK DIRI SENDIRI

ISLAM IS THE BEST!!!

ORANG MACAM INI PERLU DENGAN HUKUMAN QAZAF

MEREKA TIDAK TAKUT DENGAN HUKUMAN MANUSIA

SAMAN ,MASUK MAHKAMAH,MENANG KES

PASTU TERLEPAS JUGAK KERANA RASUAH !!!!!

HUKUM ISLAM TAK LEPASKAN SESIAPA PUN

YANG BERGELAR MANUASIA!!!!!





KUALA LUMPUR, 30 Mac – Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah agar menggugurkan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik daripada jawatan Pengerusi Risda kerana mengakui terlibat dengan pendedahan rakaman video seks, yang dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Menurut Pengerusi SMM Ahmad Syukri Ab Razab, tindakan Abdul Rahim bersama dua lagi individu yang digelar “Datuk T” yang mendedahkan rakaman video seks itu yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai di “luar norma” yang diamalkan seorang pemimpin.

Jelas Ahmad Syukri, sebagai individu yang mempunyai jawatan tinggi dalam kerajaan Abdul Rahim yang juga bekas ketua menteri Melaka seharusnya menunjukkan sikap berintergriti bukan bertindak di luar batasan.

“Tindakan Tan Sri Abdul Rahim mendedahkan video lucah adalah suatu perkara di luar norma yang diamalkan oleh seseorang pemimpin.

“Sebagai individu yang pernah menjawat jawatan penting dalam kementerian Malaysia, Tan Sri Abdul Rahim seharusnya menunjukkan sikap intergriti yang boleh dicontohi seluruh rakyat Malaysia.
“Namun apa yang berlaku telah menyebabkan rakyat hilang percaya kepada kepada kredibiliti kepimpinan negara yang sering dihambat dengan skandal-skandal yang mencemarkan imej dan integriti pemimpin itu sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain Abdul Rahim, kumpulan Datuk T juga terdiri daripada ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Trio tersebut telah menggemparkan negara awal minggu lalu apabila bertindak menayangkan rakaman video seks itu kepada media di Carcosa Seri Negara.

Rakaman video seks itu didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat yang dikaitkan dengan Anwar dengan pelacur dari China.

Berikutan pendedahan itu, ketiga-tiga individu terbabit telah disoal siasat polis Bukit Aman dan menyerahkan pita video dan seutas jam tangan jenama Omega sebagai bahan bukti.


POCO-POCO SEKADAR SENAMAN ATAU RITUAL?






 



POCO-POCO MENJADI AMALAN SENAMROBIK SETIAP PERINGKAT

TAK KIRA MUDA,TUA DAN KANAK-KANAK!!!

BILA DAH LAMA ,DAH JADI MACAM TARIAN UNTUK SERONOK-SERONOK

BILA TAK ADA TARIAN POCO-POCO ,MEMANG TAK SAH!!!

TARIAN MESTI WAJIB ADA LAGU.MESTI BERGAUL LAKI PEREMPUAN

ASAL NAK SENAM ROBIK TAPI DIUBAH GAYANYA DENGAN LENGGANG LENGGOK YANG TAK TENTU ARAH

SOALNYA SENAMAN YANG DIBUAT UNTUK MENJAGA KESIHATAN BADAN

DIJADIKAN BAHAN TARIAN SEMATA-MATA!!!!






IPOH.30/3/11:  Kerajaan Negeri Perak akan mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berhubung
pengharaman tarian poco-poco, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, selepas fatwa dikeluarkan, semua pihak perlu menghormatinya dan tidak mempersoalkannya.Dr Zambry berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar mengenai kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah memutuskan tarian berkenaan sebagai haram.

Harussani dilaporkan berkata tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh dan pewartaan fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi.

Bagaimana pandangan mufti-mufti yang lain berhubung isu ini? Apakah pendirian kita semua terhadap tarian Rakyat Malaysia hari ini

Kita perlu memahami islam menjaga umatnya kearah jalan yang betul dan tidak mahu umat islam lari dari landasan tersebut

Tertanggalnya akidah dalam diri kita bukan dengan cara yang berat tetapi hari ini dengan  serangan pemikiran yang halus , yang menjadi kesukaan kita , dan selalu mengatakan   semua orang buat kenapa kita tak boleh buat menjadi hujah kepada pegangan dalam hidup

Begitu juga kalu kita katakan haram hisap rokok,haram masuk kelab malam tetapi masih lagi dipertahankan oleh golongan yang sukakan dengan perkara tersebut

Buka minda ,buka mata,buka akal,cari arah sebenar!!!!

E-voting ,E-pencalonan,E-bantahan,E-rayuan memang MASAALAH!!

8 JAN 12.30PM: Satu taklimat Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa yang telah  dijalankan oleh pihak HEP UM  seolah-olah mahu menjalankan sistem 4E( e-voting,e-pencalonan,e-rayuan ,e-bantah) secara terburu-buru dan malah tidak efisyen  dalam menerangkan sistem ini kepada mahasiswa.

Kebanyakan mahasiswa ramai tidak mengetahui perjalanan taklimat ini dijalankan pada petang semalam di Auditorium Kompleks Perdana Siswa . Kelemahan dan tidak kesungguhan pihak HEP menghebahkan kepada mahasiswa tentang sistem ini menyebabkan berita ini tidak sampai kepada mahasiswa. HEP hanya menggunakan UMSISWEB sebagai medium menyampaikan maklumat.Itupun  tidak sampai 300 orang yang melihat berita tersebut.



Kelemahan juga amat ketara apabila hebahan tersebut tidak dimasukkan dalam Siswa Mail,Banner dan Poster untuk memberitahu mahasiswa tentang  sistem 4E yang baru diperkenalkan  .Hebahan juga Tidak Efektif dengan  hanya mengambil masa sehari sahaja. .  Taklimat kali pertama dijalankan pada 27/1 tetapi hebahan sehari sebelum dan masalah juga sama berlaku pada petang semalam hebahan dijalankan 7/2 sehari sebelum .Semasa bertemu dengan Pihak PTM yang meyelia Siswa Mail adalah salah seorang Staf yang bertugas dalam PTM berkata " tidak sampai 30% mahasiswa  membuka Siswa Mail yang disediakan "
Pihak pentadbiran samada tahu ataupun buat tidak tahu tentang masalah ini menjadikan tanda tanya kelemahan pihak HEP dalam menguruskan Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa.

Selain itu ,apa yang diharapkan kepada HEP yang ingin melaksanakan sistem "4E" adalah jaminan yang kukuh dalam proses pemilihan ini nampaknya menambahkan lagi keraguan mahasiswa apabila pengujian e-penamaan tidak berjalan dengan lancar.Pencadang dan penyokong tidak dapat log in no matriks didalam sistem tersebut.

BOLEH KLIK DISINI .http://umisisweb.um.edu.my/mainpage.php?module=Login&r=evoting

THE CHOSEN PROPOSER/SECONDER's REGISTRATION NUMBER DOES NOT EXIST.
PLEASE SELECT ANOTHER PROPOSER/SECONDER
CANDIDATE FILL FORM - BY FACULTY

Beberapa rakan mahasiswa lain turut menguji sistem tersebut juga berlaku perkara yang sama  

 masa yang ditetapkan untuk menguji e-penamaan 




Pendirian Pro Mahasiswa isu "sistem 4E"  ini perlu dimansuhkan dengan segera dan mahasiswa merasa sangat  kecewa   jika perkara ini tidak diendahkan oleh pihak pentadbiran UM yang hanya mahu menjalankan sistem dan tidak melihat untuk jangka masa yang panjang.Kebanyakan  perkara senang dan mudah  dengan teknologi tetapi bukan semua perkara boleh menggunakan teknologi untuk memudahkan urusan .Perkara ini sudah diperkatakan  Oleh Naib Canselor Um yang pada 3 minggu yang lepas semasa   pertemuan  bersama PMIUM dan Pro Mahasiswa mengatakan "saya akan menghapuskan sistem ini jika berlaku lagi masalah yang sama "semasa ditanya apakah jaminan NC dan TNC jika berlaku Blackout dan sistem Hang sekali lagi semasa pemilihan MPMUM nanti..

Saya yakin mahasiswa -mahasiswi mampu berfikir dengan jelas dan pro mahasiswa bukan menjilat ludah sendiri dengan menjadi calon MPMUM tetapi masih menggunakan e-voting seperti yang dikatakan oleh saudara Asri selaku presiden SPKUM.Kenyataan tersebut perlu dinilai balik dan perlu berfikir lebih matang.contoh mudah ,walaupun kita berada dalam pemerintahan negara yang  zalim kita akan teruskan hidup juga . kita kita akan menetap dan hidup seperti biasa ,tetapi peranan kita apabila berada dalam negara tersebut kita akan memberikan kesedaran yang secukupnya kepada rakyat supaya bangkit dan menolak segala penyelewengan yang berlaku dan tidak menjadi dosa yang berpanjangan kepada mereka yang sedar dan tidak melakukan apa-apa pun..






























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...