BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

E-voting ,E-pencalonan,E-bantahan,E-rayuan memang MASAALAH!!

8 JAN 12.30PM: Satu taklimat Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa yang telah  dijalankan oleh pihak HEP UM  seolah-olah mahu menjalankan sistem 4E( e-voting,e-pencalonan,e-rayuan ,e-bantah) secara terburu-buru dan malah tidak efisyen  dalam menerangkan sistem ini kepada mahasiswa.

Kebanyakan mahasiswa ramai tidak mengetahui perjalanan taklimat ini dijalankan pada petang semalam di Auditorium Kompleks Perdana Siswa . Kelemahan dan tidak kesungguhan pihak HEP menghebahkan kepada mahasiswa tentang sistem ini menyebabkan berita ini tidak sampai kepada mahasiswa. HEP hanya menggunakan UMSISWEB sebagai medium menyampaikan maklumat.Itupun  tidak sampai 300 orang yang melihat berita tersebut.



Kelemahan juga amat ketara apabila hebahan tersebut tidak dimasukkan dalam Siswa Mail,Banner dan Poster untuk memberitahu mahasiswa tentang  sistem 4E yang baru diperkenalkan  .Hebahan juga Tidak Efektif dengan  hanya mengambil masa sehari sahaja. .  Taklimat kali pertama dijalankan pada 27/1 tetapi hebahan sehari sebelum dan masalah juga sama berlaku pada petang semalam hebahan dijalankan 7/2 sehari sebelum .Semasa bertemu dengan Pihak PTM yang meyelia Siswa Mail adalah salah seorang Staf yang bertugas dalam PTM berkata " tidak sampai 30% mahasiswa  membuka Siswa Mail yang disediakan "
Pihak pentadbiran samada tahu ataupun buat tidak tahu tentang masalah ini menjadikan tanda tanya kelemahan pihak HEP dalam menguruskan Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa.

Selain itu ,apa yang diharapkan kepada HEP yang ingin melaksanakan sistem "4E" adalah jaminan yang kukuh dalam proses pemilihan ini nampaknya menambahkan lagi keraguan mahasiswa apabila pengujian e-penamaan tidak berjalan dengan lancar.Pencadang dan penyokong tidak dapat log in no matriks didalam sistem tersebut.

BOLEH KLIK DISINI .http://umisisweb.um.edu.my/mainpage.php?module=Login&r=evoting

THE CHOSEN PROPOSER/SECONDER's REGISTRATION NUMBER DOES NOT EXIST.
PLEASE SELECT ANOTHER PROPOSER/SECONDER
CANDIDATE FILL FORM - BY FACULTY

Beberapa rakan mahasiswa lain turut menguji sistem tersebut juga berlaku perkara yang sama  

 masa yang ditetapkan untuk menguji e-penamaan 




Pendirian Pro Mahasiswa isu "sistem 4E"  ini perlu dimansuhkan dengan segera dan mahasiswa merasa sangat  kecewa   jika perkara ini tidak diendahkan oleh pihak pentadbiran UM yang hanya mahu menjalankan sistem dan tidak melihat untuk jangka masa yang panjang.Kebanyakan  perkara senang dan mudah  dengan teknologi tetapi bukan semua perkara boleh menggunakan teknologi untuk memudahkan urusan .Perkara ini sudah diperkatakan  Oleh Naib Canselor Um yang pada 3 minggu yang lepas semasa   pertemuan  bersama PMIUM dan Pro Mahasiswa mengatakan "saya akan menghapuskan sistem ini jika berlaku lagi masalah yang sama "semasa ditanya apakah jaminan NC dan TNC jika berlaku Blackout dan sistem Hang sekali lagi semasa pemilihan MPMUM nanti..

Saya yakin mahasiswa -mahasiswi mampu berfikir dengan jelas dan pro mahasiswa bukan menjilat ludah sendiri dengan menjadi calon MPMUM tetapi masih menggunakan e-voting seperti yang dikatakan oleh saudara Asri selaku presiden SPKUM.Kenyataan tersebut perlu dinilai balik dan perlu berfikir lebih matang.contoh mudah ,walaupun kita berada dalam pemerintahan negara yang  zalim kita akan teruskan hidup juga . kita kita akan menetap dan hidup seperti biasa ,tetapi peranan kita apabila berada dalam negara tersebut kita akan memberikan kesedaran yang secukupnya kepada rakyat supaya bangkit dan menolak segala penyelewengan yang berlaku dan tidak menjadi dosa yang berpanjangan kepada mereka yang sedar dan tidak melakukan apa-apa pun..






























ZERO BALANCE WHY??

ZERO BALANCE yang baru-baru ini dilaksanakan  di Universiti Malaya menyebabkan ramai mahasiswa tertekan dan tidak berpuas hati dengan pelaksanaan tersebut.Lebih kurang 18000 pelajar terpaksa membayar hutang yang selama ini tertunggak sekaligus untuk mendaftar pengajian bagi sesi 2011 semester hadapan sehingga RM0.50 pun masih tidak dapat didaftarjkan subjek kerana terpaksa melangsaikan dahulu hutang tertunggak

Pihak Universiti perlu peka terhadap permasalahan pelajar yang selama ini hidup dalam keadaan kewangan yang kritikal.Lebih-lebih lagi hidup di bandar metropolitan bandar Kuala Lumpur yang serba -serbi mahal dan tidak mampu untuk mahasiswa berbelanja lebih untuk pengajian mereka.

Perkara ini saya buktikan dengan kadar yuran pengajian dan yuran perkhidmatan Universiti yang semakin meningkat.contohnya saudara-saudari boleh lihat sendiri dalam akaun yuran perpustakaan naik sebanyak RM50 .Perkara ini pernah ditanya kepada pihak yang berkenaan "yuran dinaikkan adalah untuk menaik taraf perpustakaan yang sedia ada".Kalaulah itu jawapannya bermakna Universiti Malaya adalah universiti SWASTA yang bergerak dengan duit pelajar .

Itu belum dilihat lagi dengan yuran kolej yang semakin mencekik darah mahasiswa yang dinaikkan sesuka hati.Yuran yang termahal di IPTA malaysia adalah yuran Kolej Kediaman Universiti Malaya.

Zero balance adalah ditentukan oleh pihak jawatankuasa Yuran universiti malaya yang terdiri daripada dekan dan timbalan ijazah dasar setiap fakulti dan pelaksanan ini akan diteruskan ke semester yang seterusnya" kata pihak bendahari semasa ditemubual"



Adakah Pihak universiti tidak mempertimbangkan kebajikan pelajar yang sudah kesempitan  hidup dengan kewangan  dan tidak hairan la ada sebahagian pelajar sanggup menggadai maruah mereka dibumi Malaya ini

Oleh sebab itu pihak universiti perlu mempertimbangkan zero balance ini perlu dihapuskan untuk meringankan beban pelajar dan  mahasiswa dapat mendaftar secara mudah dan tidak tertangguh lagi.Masa pendaftaran sangat penting untuk mahasiswa menentukan subjek yang mereka pilih dan perkara ini sangat membebankan mahasiswa ketika akhir sem dan  duit PTPTN  yang belum lagi masuk kedalam akaun .Biasanya atas kelambatan sistem pengurusan dalam ADD and DROP  semasa di syeksyen peperiksaan akan berlaku pertambahan yuran pengajian walaupun subjek tersebut tidak didaftarkan  .

Majoriti daripada mahasiswa menggunakan PTPTN sebagai pinjaman yuran pengajian mereka dan jika pihak universiti memperlakukan sebegini kepada mahasiswa dan ini menambahkan lagi beban pelajar.Keputusan yang dibuat terlalu senang bagi pihak yang berkenaan tapi membebankan bagi seluruh mahasiswa.

by Hawari Zakaria Duta Pro Mahasiswa













.

MAHASISWI ISLAM MENGGUGAT?



Manusia Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam
Bukan dari kepalanya untuk dijunjung,
Bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya,
Tetapi daripada sisinya untuk dijadikan teman hidupnya,
Dekat dengan lengannya untuk dilindungi,
Dekat dihatinya untuk dicinta

Begitulah keindahan bicara ditujukan kepada golongan wanita yang cuba dilupakan peranannya dalam sejarah sesebuah masyarakat. Perkara ini pernah diluahkan oleh Anna Davin pada tahun 1972 dalam artikelnya, Women and History menyatakan ‘sebaik-baik sahaja kita bertanya bagaimana kehidupan pada masa lalu, kita akan menyedari bahawa perkara ini begitu jarang disentuh’. Secara tradisi, sejarah perjuangan wanita selalu dikesampingkan bagaikan tidak bernilai. Sebenarnya kita silap, wanita adalah watak sebalik tabir mempunyai jasa yang amat besar dalam setiap perjalanan ketamadunan manusia. Jika kita menyelinap dalam buku Sejarah Melayu versi Winstedt, digambarkan ketika Sultan Mahmud Syah ingin melantik Bendahara, baginda sultan telah mendengar suara bondanya dari balik pintu yang menyuruh baginda melantik Tun Mutahir sebagai Bendahara. Suasana ini menunjukkan kuasa wanita Melayu cukup berpengaruh dalam pelantikan jawatan politik sejak Kesultanan Melayu Melaka lagi.

Masyarakat Melayu mempunyai weltanschuung berasaskan tradisi lelaki yang cukup berpengaruh sehingga wanita Melayu-Islam selalu sahaja dibelenggu kerisauan tentang hak-hak sosial mereka dipermainkan. Perkara ini disuarakan secara sinis oleh Syed Syeikh al Hadi dalam karya saduran yang terkenal Hikayat Faridah Hanum dimana Faridah Hanum menyatakan ketidakpuasan hatinya berdasarkan dialognya ‘sekalian perempuan bahawa kita sekalian ini tidak berguna di dalam kehidupan perhimpunan kaum dan bangsa dan watan lain daripada kegunaan kuda tunggang atau tukang masaknya dan tukang basuh kain bajunya’. Syed Syeikh al Hadi mengambarkan bahawa selama ini wanita hanya alat yang tidak menyedari tentang hak-haknya sebagai wanita.

Dalam gerakan pelajar terutamanya di Malaysia, peranan mahasiswi juga turut dilupakan sedangkan mahasiswi banyak berjasa dalam gerak kerja gerakan pelajar. Dalam akhbar Mahasiswa dan laman web Idealis Mahasiswa, bagaikan satu pakatan membelasah mahasiswi Islam dengan pelbagai tohmahan. Isu yang paling menonjol adalah kisah mahasiswi Islam yang gagal membahagi masa antara berpersatuan dengan belajar iaitu Wan Norhayati Wan Alias [PMIUTM] dan Nuraimah Suratin [PMIUSM] yang mendakwa mereka telah dipergunakan oleh parti oposisi. Dan terbaru kisah perarakan bermotor mahasiswi Islam dalam pilihanraya kampus 2004 di Universiti Malaya. Walaupun kedua-dua media massa memberikan pandangan yang negatif, para mahasiswi Islam perlulah mencari formulasi yang berkesan untuk menjernihkan objektif dan metode perjuangan mereka di kampus.

Masalah utama mahasiswa dan mahasiswi sekarang adalah tidak mengenali pemaknaan falsafah perjuangan mereka sendiri. Mereka boleh mengenali elemen-elemen pembangunan fizikal tetapi buta daripada mengenali pembangunan insani diri mereka. Menurut Muhammad Abu Bakar dalam artikel Falsafah Perjuangan Mahasiswa, falsafah perjuangan mahasiswa adalah manifestasi dari status mereka sebagai pelajar universiti, fungsi mereka sebagai rakyat yang sudah dewasa dan situasi mereka sebagai kumpulan individu yang seringkali terdedah kepada pengolakan dunia semasa. Ketiga-tiga elemen ini perlu memberi impak kepada pemaknaan diri mahasiswa yang merangkumi watak dan aspirasi mahasiswa. Persoalan yang timbul, berapa kerat mahasiswa yang memahami ketiga-tiga elemen berbanding longlai bersama aktiviti berseronok di universiti?

Golongan terpelajar terutamanya mahasiswi Islam seharusnya faham kedatangan mereka ke kampus bukan sahaja untuk belajar tetapi mengembangkan potensi diri ke arah menjadi manusia yang baik. Menurut Syed Naquib al Attas, manusia baik (good man) bukan sahaja bijak dalam pelajaran tetapi bijak juga dalam berakhlak dan tindakan. Kita juga harus memahami tugas kita sebagai rakyat, bukannya mabuk dengan sifat remaja yang gilakan hedonisme. Sewajar status sebagai pelajar universiti berjaya membedakan diri pelajar dengan remaja di luar kampus. Jika mahasiswi Islam memahami falsafah perjuangan mahasiswa ini, polemik mahasiswa dan politik akan sendirinya terhapus.

Sifat sesetengah pihak atasan yang mengambil sikap berkonflik menyebabkan pelajar tertekan sehingga menelurkan benih politik ekstrem di kalangan mereka. Kita tidak menafikan setiap organisasi mempunyai golongan radikal dan ekstrem yang dianggap pressure group kepada sesebuah organisasi. Tambahan pula, universiti sendiri merupakan sebuah badan politik, dimana persoalan kuasa dan decision-making [membuat keputusan] menjadi satu aspek penting, dan ini merancakkan lagi suasana konflik dan kerjasama yang terdapat di dalam kampus. Golongan ekstrem mahasiswi Islam yang selalu didiskriminatif ini akan mengambilkan tindakan yang radikal jika penguasa kampus melakukan provokasi terhadap mereka.

Budaya esktrem ini akan melahirkan mahasiswi Islam seperti Wan Norhayati sehingga gagal dalam pelajaran. Mereka mengikuti aktiviti persatuan tanpa kefahaman asas sehingga mereka berfikiran jumud dan taksub membuta-tuli. Kebiasaannya, golongan ekstrem ini secara automatiknya akan terkeluar daripada gerakan pelajar sesudah sampai waktunya. Paling malang, mereka sendiri menjilat segala tuduhan yang dilontar oleh mereka sendiri sewaktu bersama gerakan pelajar.

Selain kebiadapan penguasa universiti, sifat ekstrim mahasiswi Islam terjadi ekoran kejahilan mereka sendiri yang begitu cintakan aspirasi perjuangan Islam sehingga tidak dapat mengawal perasaan marah. Mereka bersemangat berkobar-kobar sehingga lupa batasan kelembutan adab seorang mahasiswi Islam. Keikhlasan dan cinta mereka kepada Islam menyebabkan mereka cuba mempertahankan aspirasi perjuangan Islam sehingga kadangkala melampaui adab dakwah, kaedah dan ilmunya. Justeru, pemimpin gerakan pelajar dan para mahasiswi Islam perlu memikir impak terakhir yang akan menimpa imej perjuangan mereka dalam setiap tindakan mereka. Jangan sampai tindakan yang drastik merosakkan kebaikan yang dilakukan selama ini.

Mahasiswi Islam boleh menggunakan pendekatan sebalik tabir melalui kerja-kerja pengurusan organisasi dan pentarbiyahan kader-kader yang taat kepada ajaran Islam. Sesuai dengan sifat perempuan yang lembut, lebih tekun dan beradab, mahasiswi Islam haruslah bertindak sebagai pembantu yang tidak menonjolkan diri agar mahasiswi Islam tidak menghadapi mehnah yang boleh menjatuhkan maruah mereka. Asiah Ali dalam bukunya Muslimat Pencorak Masyarakat menyarankan mahasiswi Islam berjihad melalui pendidikan dengan peranan menyebarkan ilmu agar kalimah Allah tertegak didalam kampus. Penyebaran ilmu boleh dilakukan dengan menceburi bidang penulisan. Jarang sekali kita melihat pimpinan mahasiswi Islam menulis dalam media massa. Sepanjang pemerhatian penulis hanya Ketua HEWI PMIUM sesi 2002/03 yang giat menulis dalam media massa termasuk dalam majalah Massa dan akhbar tempatan.

Menurut Iman Hasan al Banna, kerja yang dilakukan oleh wanita mestilah mengikut keperluan semasa jemaah. Mahasiswi Islam boleh menonjolkan beberapa figure tertentu sebagai jurucakap mereka yang dapat memaparkan imej dan kualiti kepimpinan mahasiswi Islam. Dalam gerakan Ikhwanul al Muslimin, figure muslimat yang dilihat jurucakap muslimat ialah Zainab al Ghazali yang begitu kejam diseksa oleh Rejim Nasser. Walau bagaimanapun, Hajjah Zainab cukup kental menahan seksa walaupun didesak bertalu-talu agar mengaku perbuatan mereka merancang pembunuhan Presiden Nasser. Gerakan pelajar Malaysia pula tidak gersang daripada melahirkan wirawati-wirawati seperti Fatimah Sham yang memimpin Persatuan Mahasiswa Universiti Sains Malaysia dalam demonstrasi pada pertengahan tahun 1970an. Fatimah Sham merupakan anak kepada pejuang tanah Teluk Gong iaitu Hamid Tuah juga adalah presiden pertama di kalangan wanita dalam persatuan mahasiswa universiti di negara ini. Keterlibatan mahasiswi Islam secara terbuka haruslah bergantung kepada keperluan semasa.

Pada alaf baru ini, suka atau tidak akan menuntut mahasiswi Islam agar lebih bermakna dalam kepimpinan gerakan pelajar. Oleh sebab itu pentafsiran syariat secara klasikal mengenai peranan dan kedudukan tentang wanita yang tidak setepatnya dengan kehendak wahyu perlu diberikan pemaknaan kembali yang lebih realistik dengan aspirasi Islam. Mahasiswi Islam juga perlu memahami fiqh wanita yang berubah dan prinsip syariat yang kekal. Dengan pemahaman ini, diharapkan pemikiran mahasiswi Islam dapat dijernihkan daripada taboo tradisi yang menghalangi kecergasan mereka di dalam gerak kerja gerakan pelajar dengan tafsir amali yang baru dan tepat dengan kehendak wahyu Ilahi.

Perjuangan mahasiswi Islam dalam gerakan pelajar bergantung kepada quwwat al ruh wa al-‘aql [kekuatan jiwa dan minda] dan kefahaman yang sahih individu pada fikrah perjuangan mereka. Setiap langkah mahasiswi Islam dalam gerakan pelajar mestilah diatur dengan kebijaksanaan agar tidak tertewas dengan cabaran yang diterima. Pertama, mahasiswi Islam perlu menyalurkan semangat jihad melalui saluran yang betul dengan mengunakan perjuangan bertahap-tahap dan tidak tergesa-gesa untuk mencapai kejayaan. Pihak yang bertentangan jangan dimusuhi tetapi berusaha dengan mesra dan berbaik sangka semasa mendekati mereka. Jadilah diri anda sebagai model yang berakhlak mulia untuk dicontohi mahasiswi lain yang tidak sealiran.

Kedua, mahasiswi Islam perlulah ingat bahawa kampus hanya tapak untuk pentarbiyahan diri bukan melakukan kerja-kerja politik kepartaian. Jika berlaku perkara yang bertentangan, fiqh keutamaan yang bertunjangkan tugas asasi kita sebagai pelajar dan berkhidmat untuk masyarakat serta agama perlu diutamakan. Pilihan mahasiswi Islam perlu tepat dengan keperluan semasa supaya kita tidak menyalahkan orang lain ke atas kegagalan kita. Kes Norhayati sebagai contoh menunjukkan satu kegagalan para mahasiswi Islam menyuburkan kekuatan jiwa dan minda sehingga gagal menguruskan masa untuk berjemaah dan belajar. Akibatnya menyalahkan orang lain setelah gagal dalam pelajaran.

Ketiga, mahasiswi Islam memerlukan keterbukaan pemikiran dan menghormati pertentangan pendapat walaupun sekeras mana pun tekanan diterima. Iman Hasan al Banna menyatakan ‘jangan sekali-sekali ada unsur negatif [dendam] di hatimu terhadap seseorang tetapi jangan berhenti daripada mengharapkan petunjuk buatnya!’. Perkara ini penting agar budaya dendam dan ekstrim tidak membiak dalam diri mahasiswi Islam. Selain itu, mahasiswi Islam wajar memiliki keupayaan menerima idea dari luar lingkaran pemikiran mereka sendiri. Kepelbagaian idea daripada pelbagai sumber yang bersifat kontemporari perlulah dikaji, diteliti dan diamat-amati. Oleh sebab itu, kajian pemikiran jangan hanya terhad kepada pemikiran Iman al-Maududi, Iman Hasan al Banna dan Iman Syed Qutb sahaja tetapi meliputi pemikiran tokoh seperti Dr. Hasan Turabi, Rachid al Ghannouchi, Malek Bennabi dan Abul Hasan Ali an Nadwi.

Mahasiswi Islam menggugat?. Jawaban ini hanya mampu dijawab oleh mahasiswi Islam sendiri. Merekalah yang akan mencorakkan arah perjuangan dengan program pengisian mereka sendiri. Mahasiswi Islam menggugat tidak semestinya bersifat destruktif tetapi memerlukan satu pengarapan sifat alternatif dengan menunjukkan jalan penyelesaian masalah dan melakukan proses pengislahan diri dan masyarakat.

Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias.

Nakalnya mata,Rosak segalanya.


Malam pasangannya siang, Jaga pasangannya tidur, Rajin pasangannya malas, Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.

BETULKAH EKONOMI MALAYSIA BERADA PADA LANDASAN TEPAT?


"Terdapat tanda-tanda akan berlakunya kemelesetan ekonomi berganda di negara-negara Eropah dan perkara ini secara tidak lansung akan mempengaruhi keadaan ekonomi negara..." Dr Mahathir Mohamad



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad  memberi amaran Malaysia kemungkinan berdepan dengan kemelesetan ekonomi berganda sekiranya keadaan ini berlaku di negara-negara Eropah.

ALQIADAH : TAKLIF LAA TASYRIF



Assalamualaikum , salam perjuangan buat semua. Kepimpinan adalah institusi terpenting bagi sebuah organisasi. Tidak ketinggalan bagi sebuah Gerakan Islam di seluruh pelusuk tanah air

Justeru itu , ia mestilah menjadi institusi yang paling kukuh dan mantap bagi memastikan dasar perjuangan dapat direalisasikan dengan baik dan menepati objektif serta matlamat perjuangan itu pula dapat dicapai dengan cemerlang.

Menjawat atau menyandang status sebagai seorang pemimpin mestilah dengan segala keupayaan dan kelayakkan yang diiktiraf oleh syara' , berpandukan petunjuk Al - Quran dan As - Sunnah.Kepimpinan ( Al Qiadah ) bukanlah satu kemuliaan atau kebanggaan ( tasyrif ) tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah ( taklif ).

Jenayah Akademik Aktivis Dakwah


“Insya Allah kalau kita bersusah payah dengan dakwah dan tolong agama Allah, nescaya Allah akan tolong kita”, kata seorang exco dakwah di sebuah kampus. Kata-katanya itu sedap didengar, tetapi realitinya separuh benar separuh batil. DULU-DULU Dulu-dulu saya pernah membaca majalah sebuah gerakan dakwah yang kini sudah diharamkan. Ada sebuah artikel menceritakan bagaimana seorang siswi yang [...]

Siasah Dakwah

Seringkali dakwah dikaitkan dengan masjid dan seringkali tugas utama ini disempitkan fokusnya Ini sebenarnya menyalahi sunnah perjuangan rasul dan kaedah  Al Ikhwanul muslimin. Pernah Rasulullah mengambil bangkai anak kambing yang cacat telinganya dan menawarkan kepada sahabat dengan harga 1 dirham. Dan apabila sahabat enggan membeli kambing itu di pasar maka Rasulullah menyatakan bahawa sehina-hina anak kambing ini, hina lagi dunia disisi Allah. Lihatlah kehebatan uslub dakwah nabi yang mana tidak memilih tempat dan bahan untuk berdakwah tetapi mampu menitiskan air mata para sahabat. Kerana itulah ana berhasrat tinggi memimpin saudara yang ana kasihi dalam Tariquddakwah yang syumul dan tidak melampaui batas tertentu.

AMAL ISLAMI



بســم الله الرحمن الرحيم - العمل الإسلامي
AMAL ISLAMI

Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".

Intipati Bajet 2011

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak sedang membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat.

Bajet 2011 bertema "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" dengan empat strategi utama.

Jumlah bajet - RM212 bilion, 2.8 preratus lebih tinggi daripada Bajet 2010

Perbelanjaan kos operasi
- RM162.8 bilion

Perbelanjaan kos pembangunan
- RM49.2 bilion
Berikut petikan penting ucapannya:
  • Rizab negara RM310.8b = 8.5 bulan import tertangguh
  • Negara telah pulih dari kemelesetan ekonomi dunia dgn pertumbuhan KDNK 9.5% separuh pertama 2010
  • Defisit dijangka rendah pada 5.4 peratus pada 2011
  • Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
  • Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
  • Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.3 peratus tahun hadapan dengan pelaksanaan program dan inisiatif di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berkaitan perkhidmatan.
Warisan Merdeka - Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020
  • Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh.
  • Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.
  • Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.
  • Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.
  • Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini boleh melabur sehingga 20 peratus daripada jumlah aset yang diurus berbanding tujuh peratus sebelum ini.
  • Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit.
  • Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli belah
  • Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri
  • Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka
  • Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.
  • RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.
  • RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.
  • Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.
  • RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.
  • Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011
  • Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari.
  • Skim Rumah Pertamaku bantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah
  • Kerajaan akan menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5 peratus kepada 6 peratus
  • Elaun untuk JKKK, JKKKP dinaikkan kepada RM800 sebulan
  • RM6.9 bilion pula diperuntuk untuk bina infrastruktur seperti membina jalan luar bandar dan untuk membina jalan luar bandar
  • RM2.1 bilion diperuntuk untuk bina dan menaik taraf jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak, selain RM696 juta bagi tujuan sama di Semenanjung Malaysia
  • Sistem Penilaian Takap Kecekapan (PTK) dimansuh dan diganti dengan sistem penilaian lebih sesuai dan diterima baik penjawat awam
  • Satu projek besar dirancang melibatkan pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia seluas 2,680 ekar di Sungai Buloh
  • Sistem pengangkutan MRT untuk Greater KL akan dilaksanakan bermula 2011 bertujuan meningkatkan penggunakan pengangkutan awam hingga 40 peratus
  • RM100 juta diperuntukkan untuk melaksanakan program termasuk menyelesaikan isu berkaitan hak tanah Orang Asli dan sempadan penempatan
  • Imbuhan guru KAFA dinaikkan daripada RM500 kepada RM800. Elaun bagi imam pula dinaikkan daripada RM450 dan RM750
  • Elaun pengerusi JKKK, JKKP, Tok Batin dan Pengerusi JKKK Orang Asli kpd RM800.
sumber : malaysiakini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...