"Alah, tudung labuh pun sama je.Tudung je labuh tp tuan punye tudung x labuh2 pn"
"kalau setakat pakai tudung labuh nak tutup kesalahan baik tak payah!!!!!, JANGAN JADI HIPOKRIT.Baik pakai tudung saji je.."
"Budak2 tudung labuh ni x campur ngan orang lain.Kuat sangat assobiah.Macam r baik sangat.Benci aku!"
"skang nie pmpuan btudung ke x btudung ke same jek...
kalu pakai tudung stakat nk tutup kesalahan x payah laaa..nnti org taw gak..."
"Aku lagi suka wanita tak bertudung. Atleast tak hipokrit. Jadi diri sendiri. Ape orang tgk itulah diri dia. Bukankah hipokrit= munafiq."
"alah,x pakai tudung pn klu hati baik, tuhan tahu.Iman 2 kat dalam bukan kat luar.Pakai tudung pn klu jahat,tuhan tahu"
Ha, kat atas ni antara sekelumit pandangan dan umpatan2 org kat bdk2 tudung labuh yang aku sempat copy dari blog2 len.Skali tgk,hoho..teruk betul bdk2 tudung labuh ni.(Bila cakap tudung labuh ni,mesti r muslimat kn, jd kita kaum adam masih bersih kat cn..hehe).Aku rasa korang pn mesti slalu dgr ayat2 cam kat atas ni kan.SO, kena trima r realiti ni."TUDUNG LABUH PN SAMA JE.."
Amacam sobat2 sume?Setuju x?
Ni pandangan aku r.Aku bg dalam bentuk situasi r utk senang paham.Contoh, yg biasa kita tgk, sorang bdk tudung labuh sedang dop dating ngn pakwe dia.Berjam-jam dop borak.Huh,tudung je labuh..dalam situasi ni confirm ramai mulut belakang yg akan mencemuh,mengkritik dan mengejek.SO,aku nak tanya korang,elok x apa yg bdk ni buat.Klu tanya aku mmg x elok sbb dop dating cam2.Apapn,kita leh tanya pada pengkritik,pengejek dan pencemuh 2, apa yg salah? Tudung labuh or dating 2 yang salah?....So, nape kita nak campur adukkn.Tp mungkin sbb "tudung labuh VS dating" ni nampak sgt contra.X mashuk org2 muda ckp..Kita x leh nk nafikan sebenarnya bdk ni sekurang2nye dah settle dari sudut kesempurnaan menutup aurat.Patut kita bg pujian kat dia.Cumanya yg salah adalah prangai dia yg dating td.Yang ni kita kena tegur.Jadi tempat yg patut kita puji,kita puji r kan.Tempat yg kena kutuk,tetap kena kutuk.
Sebenarnya klu kita perhatikn betul2 dari situasi td, telah pn memberi kredit kpd pemakaian tudung labuh.Knapa?Sebab sebabkn bdk td pakai tudung labuh r ramai yg akan kritik,ejek dan tegur dia.Jadi ngn sendirinya nanti bdk tudung labuh akn malu, sedar or sebagainya.Tp cuba lak katakn budak yg dating ni x pakai tudung.Confirm ramai yg buat x tau je.Sbb apa?Sbb "x pakai tudung VS dating" mmg mashuk.hehe..SO,bdk tudung labuh ni td dah pn mmpunyai peluang utk berubah lbh besar dari yg freehair td.
Klu tgk lagi,antara orang slalu cakap "pakai je tudung labuh tp..malu r sikit ngn tudung 2"..ha,yup.MALU.Ini antara kelebihan bila pakai tudung labuh.Ngn sendirinya prasaan malu utk buat maksiat akn timbul.So,diri lebih trjaga.Sama r gak klu utk muslimin bagi yg pakai kopiah or serban.Confirm korang malu nak pakai seluar pendek.Cuba bayang, pakai kopiah/serban, seluar pendek.huhu..tragis.
Apapn,semua ayat2 dan umpatan2 kat kpd bdk2 tudung labuh ni patut menjadi cabaran kpd semua muslimat.Itu r realiti pandangan umum sebahagian masyarakat kt bdk2 tudung labuh.Umpatan2 ni x akan keluar saja2 klu xde sebab.Bab kat pepatah " pokok x kan bergoyang klu xde angin".SO,TAKE THE CHALLENGE!.Buat para pendokong agama,semangat utk sempurna dlm brpakaian dah bagus tinggal lagi hikmah dan method sahaja yg perlu dibaiki mana yg perlu.
Last,wat sume muslimat2 sume.Jaga imej selari ngn akhlak anda.Wat muslimin pn sama gak,jgn dop brcakap je sedap,tp wat keje malas.Huhu..kena kat diri sendiri lak.JOM DO OUR BEST!
(byk lg kelebihan pakai tudung labuh ni..confirm para muslimat lebih pakar.MUSLIMAT POWER!-MUSLIMIN SUPER!= SUPER POWER!)
Sila buat keutamaan dalam masalah. Buat kategori terhadap masalah tersebut. Contoh;
1) MASALAH UTAMA
Masalah ini memerlukan kita bertindak segera, dan tidak boleh diserahkan pada orang lain untuk menyelesaikannya.
2) MASALAH MEMERLUKAN PERHATIAN
Masalah ini memerlukan tindakan bijak kita mengagihkan tugasan kepada sesiapa yang boleh mewakilkan kita. Kebijaksanaan kita men'divert' tugasan ini dapat menyelesaikan masalah tersebut. Anda hanya perlu memantau, memberi inisiatif (belanja kawan yang menolong kita @ pujian), dan berterima kasih kepada mereka yang membantu anda.
3) MASALAH BIASA
Masalah jenis ini tidak perlu difikirkan sangat. Masalah ini tidak terlalu serius. Kadangkala, masalah ini hanya memerlukan kita membuat panggilan, mohon maaf atau langkah yang tidak memerlukan masa yang lama, perhatian yang lebih dan tenaga yang banyak.
Bagi pengisian kita, ahli gerakan perlu istiqamah dan konsisten dalam amalan. Biar sedikit tetapi konsisten. Amalan yang tidak terlalu sukar ialah amalan ma'thurat setiap pagi dan petang, puasa sunat Isnin dan Khamis, solat tahajjud tak memerlukan tunggu kita tidur dahulu, kalau dah tidur pukul 1.30 atau pukul 2.00 pagi, jadi tunaikanlah solat sebelum tidur. Atau bangun awal sebelum menunaikan solat subuh lakukan solat sunat tahajjud. Pengisian pula, beli kaset ceramah, Tuan Guru atau sebagainya, pasangkan semasa kita lapang atau berbual di bilik. Ikhlas dan Istiqamah (5 amalan asas : al-quran 50 ayat @ 2 maqra, tahajjud, al-mathurat, al-mulk, puasa, solat rawatib). Untuk menjaga akhlak dan hafalan pastikan kita fokus (semasa mentelaah, di dalam kelas, hidupkan budaya bertanya) dan sering kali diulangi (sekurang 3, 5, 7 atau 10 kali) dalam setiap kali hafalan. Pastikan juga jaga pemakanan dan sumber yang digunakan adalah dari sumber yang halal.
Keluarga: Ini memerlukan kita bijak berhadapan dan menjelaskan kepada keluarga. Masalah utama kita ialah keluarga tidak tahu situaasi kita di kampus. Anda selaku anak harus berterus terang setakat mana perlu bagi memahamkan kedua ibu bapa anda. Insya Allah mereka akan memahami. Ambil masa yang sesuai seperti selepas solat Isya' atau makan malam, sila ambil sedikit ruang masa ibu dan ayah atau salah seorang daripada keduanya untuk kita luahkan masalah termasuk akademik.
Nyatakan keterbatasan anda dalam akademik. Ini bagi mengelakkan harapan ibu bapa terlalu tinggi terhadap kita sedangkan kemampuan kita terbatas. Ini mungkin mereka membuat perbandingan semasa kita berada di peringkat menengah dahulu.
Nyatakan mengenai masalah utama, bebanan asas dan teras yang membelenggu anda. Sekuang-kurangnya selepas mereka memahami kita, doa dan restu ibu bapa sentiasa mengiringi kita. Masalah kewangan juga perlu dimaklumkan pada ayah, walaupun keluarga kita kurang berada, tetapi itu merupakan tanggungjawab ibu bapa semasa kita masih di bawah jagaan mereka.
Mereka berhak tahu, yakinlah, rezeki Allah swt di atas muka bumi ini sentiasa ada bagi orang yang beriman. Masalah duit, kewangan, JPA gunakan saluran persatuan.
Mengenai adik beradik:cuba sedaya upaya semasa pulang ke kampung untuk beri tumpuan kepada adk beradik, jelaskan terbatasan waktu kita kepada mereka. Bagi nasihat yang berguna.
Masalah hubungan rakan sejawat, ukhuwwah dan hubungan persahabatan: kadangkala ianya terlalu remeh. Selesaikan secara berhadapan, face to face. Elakkan emosi, jika perlu kita perlu, kita mengalah dan memohon maaf sahaja dengan niat untuk menjernihkan semula persahabatan. Elakkan situasi tegang semula, buang ego kita, Insya Allah masalah akan selesai.
Langkah ketiga :
Kemudian sila rangka jangka masa anda akan bertindak menyelesaikan masalah itu. Sila nyatakan secara spesifik.
Langkah Keempat:
Ambil Planner, dan masukkan tarikh dan masa anda untu bertindak terhadap masalah yang akan anda selesaikan
Langkah Kelima:
Setiap hari, sebelum tidur, ambil planner, dan semak tindakan hari berkenaan. Sila tandakan tuas atau masalah yang tertunda, sila forwardkan kepada hari masa yang sesuai. Muhasabah, dan rancang semula untuk tindakan pada keesokan harinya.
KESIMPULAN
Harapan saya moga simulasi kes pengurusan masa dan masalah ini dapat kita manfaatkan bersama. Ingatlah, hanya (indhibat) disiplin dan azam yang kuat sahaja mampu merubah dunia peribadi anda. Reformasi diri ini adalah satu titik mula ke arah menjadikan anda pengurus, pemimpin yang baik sekurang-kurangnya terhadap diri kita sendiri. Selamat maju jaya hendaknya.
Penglibatan kita dalam aktiviti organisasi, tidak dapat tidak kita akan merasai masalah pengurusan yang tidak teratur. Ini akan bertambah jika kita menangguhkan tugasan, tidak meluahkan masalah semasa kepada rakan karib, tekanan makin lama makin besar dan banyak. Benarkah masalah kita hadapi besar, atau masalah kita sendiri yang lemah dalam menguruskan masa? Apa yang saya nyatakan di sini adalah pandangan sahabat saya dan pengalaman saya semasa menjadi penggerak kepada gerakan di kampus. Pengalaman yang diperolehi dalam sepak terajang serta jatuh bangun dalam aktiviti kemahasiswaan amat banyak dan mematangkan saya, dan moga ianya merupakan kekuatan pada saya untuk berkongsi bersama.
APA MASALAH KITA?
Masalah pembahagian masa ini adalah berkait rapat dengan minda seseorang. Sekiranya makin kompleks masalah bermain dalam minda, makin kusutlah fikiran seseorang untuk dirungkaikan, menyebabkan masalah pembahagian masa tidak teratur. Bebanan dalam kotak fikiran ini boleh menyebabkan motivasi kita akan turun, tambahan pula apabila ianya memberikan kesan pada sesuatu yang amat menakutkan ianya terjadi keatas diri kita. Misalannya akademik dan keluarga. Perkara ini merupakan tanggungjawab dan maruah ke atas diri kita, jadi persoalan gerak kerja dan aktiviti kemahasiswaan akan menjadi perkara kedua apabla ianya bertembung.
Apabila kita telah hanyut dengan masalah itu, perasaan rendah diri (inferiority complex), moral lemah (demoralized) akan berlaku. Kesan paling buruk lagi ialah akan berlaku gejala (futur 'ala tariq al da'wah)atau paling ditakuti terjadinya sesuatu yang disebut mereka yang tercicir di jalan dakwah (mutasaqit 'ala tariq al da'wah).
Gejala futur atau layu yang disebut oleh Fathi Yakan apabila dinilai dan dilihat dalam perspektif kita, ia lebih tepat berbanding istilah mutasaqit. Saya berpandangan begitu kerana, ahli kita masih lagi sensitif dan tersentuh jika mereka dilabelkan mutasaqit. Cuma komitmen mereka agak kurang, tetapi ternyata daya sensitif berkenaan menunjukkan kita masih sayang kepada gerakan dan janji kita , cuma mereka ini dibelenggu oleh pelbagai masalah dan antara masalahnya ialah seperti yang saya bincangkan di sini.
JALAN PENYELESAIAN
Setelah kita mengetahui masalah yang menimpa kita, bagaimana nak rungkaikan persoalan dan masalah ini? Ini yang menjadi persoalan pokok ke atas kita. Sebenarnya masalah kita terlalu sedikit sahaja, tetapi apabila ia telah bercampuraduk dan bergaul dalam otak kita, maka kita merasakan ianya terlalu banyak. Itulah faktor mengapa dikatakan sedemikian. Oleh itu, kita hanya perlu keluarkan masalah itu keluar dalam pemikiran kita. Usaha ini memerlukan kekuatan daya kognitif dan mental yang kuat. Ada beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh setiap ahli yang hendak lakukan perubahan dalam masalah pembahagian masa mereka. Berikut langkahnya:
Langkah Pertama:
Tanamkan azam dalam diri anda dengan menulangkan dalam hati bahawa anda akan berubah ke arah menjadi individu yang bijak mengurus (smart person).
TO BE CONTINUE.....
Bismillahirrahmanirrahim..
Gerai SMS’S CORNER adalah gerai yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Gerai ini akan beroperasi selama dua hari bermula dari 23 dan 24 Mac 2010. Perniagaan ini akan diadakan di persekitaran Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya. Tumpuan utama pengunjung adalah dari kalangan mahasiswa serta kakitangan Universiti Malaya.
Gerai ini ditubuhkan adalah untuk memenuhi keperluan kursus wajib universiti iaitu kursus Asas Pembudayaan Keusahawanan (APK). Gerai SMS’S CORNER dianggotai oleh 23 orang anggota dan telah ditubuhkan pada awal semester iaitu pada awal Januari 2010. Setelah dipersetujui oleh semua anggota maka kami sepakat untuk menubuhkan gerai ini dengan nama SMS’S CORNER.
Tatkala WTC dibom,maka berlompatan Amerika dan sekutunya mencari pengganas sehingga ke seluruh pelosok dunia.Habis dikutip setiap yang beragama Islam di tuduh dan diadili.Tidak cukup bertindak dalam bidang kuasa sendiri,habis dicaturnya negara-negara yang berpendudukan Islam yang kononnya melindungi pengganas.Namun,teriakan umat islam Palestin yang saban hari terpaksa berdepan dengan keganasan Israel tidak pernah di dengari.Sikap Double Standard Amerika sebaliknya membiarkan terus Israel membelasah umat Islam Palestin dengan alasan pejuang berani mati Palestin merupakan pengganas yang perlu di sekat.
Semenjak tercetusnya intifada kedua Palestin,umat islam di bumi terletaknya qiblat pertama seluruh umat Islam terpaksa bergelut sendirian menentang puak Yahudi laknatullah.Mereka telah lama hilang tempat tunggal dan tanah kelahiran.Apa yang diwarisi sememjak 1947 ialah sebuah negara bernama,namun tidak pernah wujud di peta dunia.”Neqara” yang hanya pada nama itu sebenarnya hanyalah sebuah kawasan besar khemah perlarian yang serba daif dan penuh kedukaan.Saban hari pihak Israel “meratah saki baki” tanah milik rakyat Palestin dan terus mengusir mereka.Kemanakah lagi rakyat Palestin perlu lari untuk melindungi diri dalam negara sendiri?Mengapa kita masih berdiam diri dengan isu ini?Di mana semangat jihad yang sering kita sebut-sebutkan wahai sahabat?
Justeru itu,bersalahkah mereka jika bangkit menuntut keadilan yang tidak pernah di kecapi.Wajarkah mereka terus digelar PENGGANAS?Ganaskah mereka hanya kerana menuntut keadilan sedangkan tidak pernah sekalipun suara mereka didengari semenjak dari zaman pemerintahan Rabin,Nethanyahu,Barak hinggalah Ariel Sharon pernahkah perjanjian damai berjaya dipersetujui.sidang persidangan berlansung,umat islam Palestin terus dibelasah.
Lantas,salahkah jika tindakan berani mati diambil sedangkan hidup tidak menjanjikan kedamaian?Setiap kali langkah penentangan dibuat,mereka dijijak dan dilanyak hebat.Berbaloikah lontaran batu dibalas dengan mortar dan peluru dari kereta kebal.
Saban hari kematian menanti di mana-mana.Mati akibat kebuluran,terkena peluru.Peluru Israel tidak pernah mengenal usia,pemuda,wanita,bahkan anak kecil menjadi sasaran.
Malangnya Amerika selaku kuasa besar dan berlagak umpama polis dunia terus diam membatu tatkala umat Islam Palestin menjerit memintasimpati.Nmaun sekali Yahudi berteriak akibat serangan berani mati,terkocoh-kocoh berlari mendapatkan ‘si anak manja’.Sandiwara apakah yang mereka ingin mainkan lagi.Apakah setelah hilang nama Palestin barulah ingin mengilas pandang?
Justeru,haruskah umat Islam terus lesu?Tak tersahutkah kita teriakan anak-anak kecil Palestin yang minta di selamatkan?Atau adakah kita umat Islam hanya ibarat buih di lautan,ramai namun tiada kualitinya.Akhirnya sahabat,marilah kita fikir-fikirkan apakah peranan kita sebagai generasi muda yang bernasib baikjika dibandingkan dengan sahabat-sahabat di Palestin Sana!!Sedarlah tanggungjawab kita terhadap mereka,wassalam.
Diriwayatkan daripada Abu Syuraih al-Khuza'iy r.a katanya:
Nabi s.a.w bersabda: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jiran tetangganya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.
Penerangan Hadis:
Mengenal Manusia
Allah SWT memiliki suatu sifat dan akhlaq yang sebenarnya amat akrab dengan kehidupan manusia. Iaitu mustahil bagi Nya berbuat perkara yang sia-sia, tanpa tujuan, ataupun mengandungi kesalahan. Kalaupun ada penciptaan atau kejadian yang tampak kejam, ia hanyalah bersifat sementara.
Ertinya, jika dilihat dan diteliti, akhirnya ia akan membuktikan bahawa dibalik kejadian itu semua ternyata mengandung nilai-nilai kebenaran. Dan dalam hal ini, manusia memang harus banyak melihat sejarah hidupnya secara peribadi mahupun sejarah kemanusiaan itu sendiri, tujuan ia diciptakan, ke mana destinasinya dan sebagainya.
Akhlaq tersebut amat akrab dengan kita kerana ia tercermin kemanapun kita melihat. Pantulannya boleh dilihat kepada sesiapa yang ingin melihat. Sulit bagi kita untuk menyebutkan suatu makhluq atau kejadian alam yang diciptakan tanpa ada gunanya.
Seolah semua menyiratkan bahawa Allah SWT menciptakan ini untuk sebuah tujuan. Bukan sekadar permainan tanpa arah. Firman Nya:
“Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dengan mengandungi kesalahan. Yang demikian itu adalah anggapan orang-orang kafir, maka celakalah orang-orang kafir itu karena mereka akan masuk neraka.” (38: 27)
Tujuan Hidup
Kejadian seekor nyamukpun ternyata begitu penting di mata Allah, sehingga disebutkan di al-Quran. Firman Nya:
“Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, maka mereka memiliki ilmu sehingga mereka tahu bahwa itu adalah al-haq dari Rabb mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan:"Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?". Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan oleh Allah, dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberinya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik.” (2: 26)
Tetapi kenapa manusia sentiasa kebingungan mencari dan mengenalpasti fungsinya? Kenapa kita senantiasa tertanya-tanya tentang tujuan keberadaan kita di muka bumi ini? Kenapa diri manusia dipenuhi sikap-sikap ketidaktahuan akan fungsinya? Apakah mungkin kita hidup tanpa tujuan yang jelas, kukuh dan konkrit?
Tidak mungkin!
Allah SWT menjadikan seekor nyamuk pun ada manfaat dan fungsinya. Bahkan sejak lahir mereka sudah tahu apa yang harus dibuat dan apa fungsi yang harus dijalankan.
Kerana itu amat mustahil, bila susuk tubuh insan yang Allah khabarkan diciptakan dalam 'ahsani taqwim' (pembentukan yg paling sempurna), dilahirkan hanya untuk sia-sia dan tanpa tujuan.
Apa mungkin seorang manusia lahir hanya untuk membesar dewasa, berkeluarga, dan mati?
Sesungguhnya pada manusia itulah tugas yang amat berat dipikul tambahan pula ia sebagai wakil Allah SWT di atas muka bumi ini, untuk mentadbir alam. Ingat, langit, bumi, gunung-ganang, bukit-bukau semuanya tidak sanggup membawa amanah Allah, kecuali manusia yang menyatakan kesanggupannya.
Justeru, manusia perlu berhati-hati dalam melaksanakan tanggungjawab ini supaya tidak tergolong di dalam manusia yang berbuat kezaliman dalam kejahilan.
Lebih baik diam dari mengomen perkara yang kita tidak tahu. Tidaklah nanti dikata orang, hanya berani dibelakang, tetapi bila diajak bermuzakarah, berdiskusi, batang hidung pun tidak kelihatan.
Riwayat: Sahih Muslim
SABAR itu iman , DUIT bukan kawan , DUNIA hanya pinjaman dan MATI tidak berteman.. Silance is golden when you don't have a good answer
Bersuara atau Diam
Diriwayatkan daripada Abu Syuraih al-Khuza'iy r.a katanya:
Nabi s.a.w bersabda: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jiran tetangganya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.
Penerangan Hadis:
Mengenal Manusia
Allah SWT memiliki suatu sifat dan akhlaq yang sebenarnya amat akrab dengan kehidupan manusia. Iaitu mustahil bagi Nya berbuat perkara yang sia-sia, tanpa tujuan, ataupun mengandungi kesalahan. Kalaupun ada penciptaan atau kejadian yang tampak kejam, ia hanyalah bersifat sementara.
Ertinya, jika dilihat dan diteliti, akhirnya ia akan membuktikan bahawa dibalik kejadian itu semua ternyata mengandung nilai-nilai kebenaran. Dan dalam hal ini, manusia memang harus banyak melihat sejarah hidupnya secara peribadi mahupun sejarah kemanusiaan itu sendiri, tujuan ia diciptakan, ke mana destinasinya dan sebagainya.
Akhlaq tersebut amat akrab dengan kita kerana ia tercermin kemanapun kita melihat. Pantulannya boleh dilihat kepada sesiapa yang ingin melihat. Sulit bagi kita untuk menyebutkan suatu makhluq atau kejadian alam yang diciptakan tanpa ada gunanya.
Seolah semua menyiratkan bahawa Allah SWT menciptakan ini untuk sebuah tujuan. Bukan sekadar permainan tanpa arah. Firman Nya:
“Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dengan mengandungi kesalahan. Yang demikian itu adalah anggapan orang-orang kafir, maka celakalah orang-orang kafir itu karena mereka akan masuk neraka.” (38: 27)
Tujuan Hidup
Kejadian seekor nyamukpun ternyata begitu penting di mata Allah, sehingga disebutkan di al-Quran. Firman Nya:
“Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, maka mereka memiliki ilmu sehingga mereka tahu bahwa itu adalah al-haq dari Rabb mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan:"Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?". Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan oleh Allah, dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberinya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik.” (2: 26)
Tetapi kenapa manusia sentiasa kebingungan mencari dan mengenalpasti fungsinya? Kenapa kita senantiasa tertanya-tanya tentang tujuan keberadaan kita di muka bumi ini? Kenapa diri manusia dipenuhi sikap-sikap ketidaktahuan akan fungsinya? Apakah mungkin kita hidup tanpa tujuan yang jelas, kukuh dan konkrit?
Tidak mungkin!
Allah SWT menjadikan seekor nyamuk pun ada manfaat dan fungsinya. Bahkan sejak lahir mereka sudah tahu apa yang harus dibuat dan apa fungsi yang harus dijalankan.
Kerana itu amat mustahil, bila susuk tubuh insan yang Allah khabarkan diciptakan dalam 'ahsani taqwim' (pembentukan yg paling sempurna), dilahirkan hanya untuk sia-sia dan tanpa tujuan.
Apa mungkin seorang manusia lahir hanya untuk membesar dewasa, berkeluarga, dan mati?
Sesungguhnya pada manusia itulah tugas yang amat berat dipikul tambahan pula ia sebagai wakil Allah SWT di atas muka bumi ini, untuk mentadbir alam. Ingat, langit, bumi, gunung-ganang, bukit-bukau semuanya tidak sanggup membawa amanah Allah, kecuali manusia yang menyatakan kesanggupannya.
Justeru, manusia perlu berhati-hati dalam melaksanakan tanggungjawab ini supaya tidak tergolong di dalam manusia yang berbuat kezaliman dalam kejahilan.
Lebih baik diam dari mengomen perkara yang kita tidak tahu. Tidaklah nanti dikata orang, hanya berani dibelakang, tetapi bila diajak bermuzakarah, berdiskusi, batang hidung pun tidak kelihatan.
Riwayat: Sahih Muslim
SABAR itu iman , DUIT bukan kawan , DUNIA hanya pinjaman dan MATI tidak berteman.. Silance is golden when you don't have a good answer
1. Saya telah lebih banyak belajar daripada kesilapan2 saya daripada kejayaan2 saya (Sir Humphry Davy)
2. Kita tidak belajar daripada kejayaan2 kita, kita belajar daripada kegagalan2 kita (John Naisbitt - Pengarang Megatrends Asia)
3. Kita lebih banyak mendapat kebijaksanaan daripada kegagalan berbanding dengan kejayaan. Kita sering mengetahui apa yang akan kita buat dengan menentukan apa yang tidak akan kita buat. Dan semungkinnya orang yang tidak pernah membuat kesilapan tidak pernah juga membuat penemuan (Samuel Smiles)
4. Watak tidak boleh dibina dengan mudah dan senyap2. Hanya melalui pengalaman2 dugaan dan penderitaan sahaja semangat boleh diperteguh, wawasan diperjelas, cita2 diilhami dan kejayaan dicapai (Helen Keller)
5. Anda memerlukan sebanyak mungkin pengalaman2 getir untuk menzahirkan keunggulan anda (Richard Nixon)
6. Hanya setelah menuruni lembah yang terdalam barulah anda dapat menilai keindahan gunung yang tertinggi (Richard Nixon)
7. Terdapat faedah praktis yang terbaik dalam mengalami beberapa kegagalan awal2 lagi dalam hidup (Thomas Henry Huxley)
8. Kesusahan dan kekalahan membolehkan kita mengembangkan akal kita dan maju ke hadapan (Thomas Henry Huxley)
9. Berlian itu adalah sebutir arang batu yang menjadi unggul akibat tekanan (Tidak bernama)
10. Kepuasan itu terletak pada usaha, bukan pada pencapaian. Usaha sempurna itu adalah kemenangan sempurna (Mahatma Ghandi)
11. Kejayaan itu suatu perjalanan, bukan suatu tempat tujuan - separuh daripada keseronokannya terdapat dalam menuju ke sana (Gita Bellin)
12. Orang yang gagal dalam hidupnya ialah orang yang hidup dan gagal belajar
13. Kebanyakan orang membuat satu kesilapan yang sama ... dengan menganggap kegagalan sebagai musuh kejayaan.... anda semestinya mempergunakan kegagalan untuk kebaikan anda..... Teruslah mara dan buatlah segala kesilapan. Buatlah sebanyak mana yang mungkin anda buat. Kerana ingatlah bahawa disitulah tempat anda menemui kejayaan - di sebalik kegagalan. (Thomas Watson - IBM)
14. Kekuatan dan perkembangan hanya terhasil melalui usaha dan perjuangan berterusan
15. Kita tidak mungkin menemukan lautan baru jika kita tidak berani belayar jauh dari pantai
16. Orang yang tidak mempunyai cukup keberanian untuk bermula itu sememangnya telah pun tamat (Unanimous)
17. Hidup ini sama ada suatu pengembaraan yang mencabar dan berbahaya ataupun tiada apa-apa (Helen Keller)
18. Sebatang anak tangga itu bukanlah dimaksudkan sebagai tempat merehatkan sebelah kaki sipemanjatnya, tetapi sekadar sebagai tempat berpijak sejenak cukup untuk membolehkannya meletak kaki yang sebelah lagi di suatu tempat yang lebih tinggi (Thomas Henry Huxley)
19. Satu-satunya orang yang tidak membuat kesilapan adalah orang yang tidak berbuat apa-apa. Janganlah takut kepada kesilapan dengan syarat anda tidak mengulangi kesilapan yang sama (Roosevelt)
20. Tiap-tiap orang mempunyai bakat. Apa yang berkurangan adalah keberanian untuk menyusuli bakat itu ke tempat gelap yang ditujuinya (Enic Jang)
21. Orang terganggu bukannya oleh perkara yang berlaku, tetapi oleh pendapat mereka tentang yang berlaku (Epitetus)
22. Banyak bakat yang terbazir hanya kerana kekurangan sedikit keberanian. Setiap hari menyaksikan pengebumian orang-orang yang sungguh menghampakan yang sifat penakut mereka menghalang mereka daripada membuat percubaan pertama (Sydney Smith)
23. Bersusah hati tentang apa yang tidak anda miliki adalah membazirkan apa yang anda mlliki Ken Keyes)
24. Muda atau tua itu bukannya bergantung pada tarikh masa, tetapi keadaan jiwa. Tugas kita bukanlah menambah usia kepada kehidupan kita, tetapi menambah kehidupan kepada usia kita (Myron J. Taylor)
25. Fikiran yang disemai, tindakan yang dituai.Tindakan yang disemai, tabiat yang dituai
26. Tabiat yang disemai, peribadi yang dituai. Peribadi yang disemai, nasib yang dituai (Unanimous)
27. KEJAYAAN DAN KEGAGALAN
⌂ Aku tidak memilih untuk menjadi insan biasa
⌂ Adalah hakku untuk menjadi berbeza
⌂ Aku mencari kesempatan, bukannya keterjaminan
⌂ Tidak kuingin menjadi warga pelihaharaan
⌂ Lemah dan terpedaya dek terbiasa dengan jagaan negara
⌂ Aku ingin mengambil risiko terhitung
⌂ Untuk mengimpikan dan membina, untuk gagal dan berjaya
⌂ Galakan tidak kan kutukarkan dengan elaun pengangguran
⌂ Lebih kusukai cabaran hidup daripada elaun pengangguran
⌂ Lebih kugemari cabaran hidup daripada elaun pengangguran
⌂ Lebih kugemari cabaran hidup daripada kewujudan lesu yang terjamin
⌂ Keghairahan pencapaian daripada kesempurnaan hambar
⌂ Tidakkan ku perdagangkan kebebasan dengan derma sumbangan
⌂ Tidak juga maruah dengan sedekah
⌂ Tidak kan aku ketakutan di hadapan sebarang tuan
⌂ Tidak juga kan kutunduk kepada sebarang ugutan
⌂ Sudah menjadi warisanku untuk sentiasa berdiri teguh
Sebenarnya kita merupakan umat pilihan disisi Allah swt. Malah boleh kita katakan kita merupakan umat yang terbaik berdasarkan firman Allah dalam Surah Al-Imran, ayat 110 bermaksud “Kamu merupakan umat yang terbaik yang dilahirkan bagi manusia. Kamu menyeru kepada maaruf dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah“.
Mengikut Imam Qatadah, Khalifah Omar Al-Khattab pernah berkata berhubung ayat ini, sesiapa yang suka digolongkan dalam golongan umat yang terbaik ini, tunaikanlah syarat Allah yang terdapat dalam ayat ini.
Sahabat nabi berjaya menunaikan syarat-syarat ini. Syarat-syarat ini ialah :
1 ) Mengajak kepada maaruf
2 ) Mencegah kemungkaran
3 ) Beriman dan melaksanakan tuntutan iman yang telah ditetapkan oleh Allah.
Perkara ini telah berjaya ditunaikan oleh para sahabat. Justeru mereka telah berjaya mencipta sejarah kegemilangan yang tidak ada tolok bandingannya. Jika kita pada hari ini juga mampu melaksanakan syarat-syarat yang 3 ini, insyaallah kita juga akan berjaya.
Sebenarnya tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan. Dunia tidak pernah menemui golongan sehebat umat ini. Mengikut sebuah hadis bertaraf hasan yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, nabi bersabda yang bermaksud “ Kamu menggenabkan 70 umat yang diutus dan kamu merupakan golongan yang terbaik dan termulia dari kalangan mereka “.
Dunia terutamanya dunia barat sepatutnya berterima kasih kepada umat ini kerana tanpa sumbangan kita iaitu umat islam, dunia tidak akan mengecap kemajuan dan pembanggunan seperti yang dikecap pada hari ini. Hal ini pernah dinyatakan tanpa segan silu oleh Carleton S ataupun Carly Fiorina, Pengerusi ataupun CEO Hewlett Packard Company. Ketika beliau menyampaikan ucapan yang bertajuk Technology Business And Our Way Of Life: What's next pada 26 September 2001 di Minneapolis Minnerota.
Beliau berkata “Pada suatu ketika dahulu, ujud satu tamadun yang terbesar didunia. Empayarnya begitu luas, bersambung-sambung dari lautan ke lautan menjangkau kawasan utara tropika dan padang pasir. Dibawah kekuasaannya terdapat ratusan juta manusia dari perbagai agama, bangsa dan keturunan. Salah satu bahasanya menjadi bahasa universal yang digunakan dalam percakapan sebahagian besar manusia pada hari ini iaitu bahasa arab. Tentera-tenteranya dianggotai oleh manusia dari perbagai latarbelakang dan penaklukannya mendatangkan keamanan dan kemewahan yang tidak ada tolok bandingannya, Perniagaan yang melibatkan tamadun ini berkembang dari Amerika Latin hingga ke negara China dan juga antara kedua-duanya. Tamadun ini hidup subur digerakkah oleh ciptaan-ciptaan baru. Arkitek-arkiteknya mampu membina banggunan tinggi yang melawan gravity. Pakar-pakar matematiknya mencipta konsep Algebra dan Algoritma dan konsep-konsep ini membantu pencitaan computer dan encryption pada hari ini. Tokoh-tokoh perubatannya menemui ubat-ubatan baru yang digunakan untuk merawat perbagai penyakit. Tokoh-tokoh astronominya menoropong langit dan memberi nama kepada bintang-bintang dan sekaligus membuka jalan kepada penerokaan angkasa raya. Penulis-penulisnya telah menulis ribuan cerita “.
Akhirnya Carly Fiorina menutup ucapannya dengan berkata “Tamadun yang saya maksudkan ini sebenarnya ialah tamadun islam yang berkembang dari tahun 800 - 1600 masihi“.
Itulah kita tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan. Kita yang bernama umat islam. Umat terbaik yang dicipta oleh Allah swt. Umat yang dipuji oleh ramai tokoh di barat termasuk Carly Fiorina. Umat ini terbaik kerana mereka mementingkan ilmu, takwa dan amal.
Jadi, marilah sama-sama kita mementingkan ilmu, takwa dan amal. Kita ledakkan ketiga-tiga ini dalam diri, keluarga dan seluruh kehidupan kita dan insyaallah dengan itu kita akan menegakkan yang maaruf dan meruntuhkan kemungkaran dan melaksanakan tuntutan iman kepada Allah. Semoga kita dapat melaksanakan agenda ini insyaallah.
salam perjuangan buat sahabat- sahabat yang mengenali
SETIUSAHA AGUNG MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA ,TIMBALAN YDP PERSATUAN MAHASISWA AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM
TAHUN 2
MELAKAR KEHIDUPAN SEBAGAI SEORANG MUSLIM SEJATI YANG AKAN MENCORAKKAN DUNIA DENGAN KEINDAHAN ISLAM YANG AGUNG INI UNTUK MENDAPATKAN REDHA ALLAH YANG MAHA KUASA
Chair Electric Pennsylvania
-
Demand for rail transport, generated by the chair electric pennsylvania of
the chair electric pennsylvania for being a Tort state in the chair
electric p...
Amaran yang baca !!!
-
AMARAN !!! Dilarang membaca artikel ini. Kenapa tajuk dia 'dilarang
membaca'? Sebab saya memang tak nak korang baca artikel ni. saya beri
amaran, please ja...
Latihan maju kehadapan
-
Assalamualikum...
saya muhammad fadhil bin yusni,920501036549 ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI MAAF ZAHIR DN BATIN...
setelah lama meyimpan p...
OPPS 2020: Mencabul Universiti dan Nilai Ilmu
-
Tujuh tahun lalu kampus dan arena politik Malaysia gempar dengan pendedahan
tentang komplot UMNO menguasai kampus-kampus dengan menggunakan pegawai Hal
Ehw...
Blog 'Secawan Kopi' telah berpindah..
-
Blog 'Secawan Kopi' telah berpindah ke blog:
*"Kembara yang singkat.."*
Selamat melayari. Moga-moga ada manfaat disana..
Mengabadikan Gambar Kenangan ^^
-
Sempena penghujung tahun masihi pada 2011 ini, sengaja saya letakkan
beberapa gambar sebagai kenangan. Meskipun ia sekeping gambar, namun
terselit 1001 sat...
Jemputan ke Majlis Perkahwinan
-
Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah, Most Gracious, Most
Merciful. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, dengan
ini saya ak...
WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK....
-
WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK..... - belajar di Pasar Jumaat"Ustaz, minggu
depan saya program dengan Bob Lokman di Perak", cerita Abang Ijam (bekas
vokalis k...
PERBANYAKKAN AMALAN DI 10 HARI AWAL ZULHIJJAH
-
Assalamualaikum...
disebabkan saya tidak ada masa untuk membuat artikel jadi saya letakkan
video ini untuk dikongsi.
Video ini di ambil di al-ahkam.net...
ALLAH...
-
Suatu hari Raja Muzaffar yang masih kanak-kanak bertanya kepada bondanya
tentang Allah.
“Bonda.. Dimana Allah dan bolehkah anakanda melihatNya?”
“Oh.. All...