Ramai yang bertanya tindakan memboikot barangan yang
dikeluarkan dalam senarai penuh pemboikotan senarai
produk syarikat Yahudi samada relevan atau sebaliknya.
Ini adalah rentetan daripada ulasan beberapa tokoh
Ulamak Kontemporari yang menggesa Umat Islam seluruh
dunia memboikot produk-produk tersebut sebagai
sebahagian serangan balas terhadap keganasan yang
ditonjolkan Yahudi dan Amerika amnya. Di antara Ulamak
yang menyatakan demikian termasuklah Dr. Nasr Farid
Wasil (Bekas Mufti Mesir), Dr. Yusuf Al-Qaradawi dan
banyak lagi. Malah persoalan sekitar 'adakah perlu
kita memboikot?' 'kalau boikot kita orang Islam nak
beli produk apa?' ' Wajar ke kita boikot, apsal tak
boikot benda lain yang lebih besar?' dan pelbagai
persoalan lagi dilontarkan dalam isu boikot ini
seolah-olah menafikan tindakan memboikot
produk-produk keluaran syarikat Yahudi sebagai
sebahagian Jihad.
Dunia secara umumnya mengetahui apabila AS (Amerika
Syarikat) melancarkan serangan ke atas Afghanistan
gara-gara membalas dendam terhadap tragedi 11
September yang lalu, adalah satu serangan tanpa
perikemanusiaan. Sebuah kuasa besar dunia yang
menyerang sebuah negara yang antara termiskin di
dunia. Apapun Presidennya, George W. Bush menyifatkan
serangan tersebut sebagai tindakan berlatarkan
keadilan sejagat.
Ramai yang tidak tahu, Latar bumi Afganistan adalah
sebuah kawasan rantau Laut Caspia di mana Afghanistan
berada di kedudukan strategik yang mengandungi hampir
270 bilion tong minyak, lebih kurang 20 peratus
daripada simpanan minyak dunia. Ia juga mengandungi
665 kaki padu gas asli, iaitu hampir satu perlapan
daripada simpanan gas dunia.
Oleh itu dengan menyerang Afghanistan dan jika berjaya
mendirikan kerajaan dukungannya dan dibenarkan
menubuhkan pangkalan tenteranya di rantau tersebut,
Amerika boleh mewujudkan kerangka politik baru di
rantau tersebut yang juga dapat melebarkan kuasa
hegemoninya itu. Inilah antara tujuan sampingan
mengapa AS beria-ia menyerang Afganistan selain
gembar-gembur yang menyatakan tujuannya adalah untuk
menangkap cuma seorang 'pengganas' bernama Osama Bin
Laden, Pengasas pertubuhan Al-Qaeda.
Ada pendapat lain yang menyatakan tujuan AS menyerang
Afganistan adalah untuk memusnahkan gerakan Taliban
dan melenyapkan pusat-pusat latihan 'pengganas'. Namun
ini barangkali cuma salah satu tujuan bersifat politik
yang berselindung di sebalik tujuan ekonominya untuk
menguasai Afganistan dari segi kestrategikannya
sebagai pengeluar 'emas hitam'. Sebenarnya AS telah
lama menginginkan penguasaan minyak di Asia tengah.
Semenjak sebelum tercetusnya Perang Teluk lagi,
keinginannya untuk menguasai negara-negara Asia tengah
menonjol. Namun samada disedari atau tidak serangan AS
ke atas Iraq pada tahun 90-an dahulu adalah tindakan
tidak puas hatinya terhadap tindakan Iraq menyekat
industri minyak ke wilayahnya.
Minyak merupakan sumber paling penting bagi seluruh
dunia. Hanya dengan menyekat pengaliran industri
eksport minyak ke negara seumpama AS boleh melemahkan
ekonomi negaranya. Bayangkan apabila permintaan
ekonomi yang tinggi dengan penawaran yang sedikit,
sudah pasti menyebabkan kenaikan harga berlipat kali
ganda. Sedangkan kenaikan harga adalah sesuatu yang
merbahaya di dalam sesebuah negara yang mengamalkan
sistem Liberal seperti AS. Justeru, apabila Iraq
menyekat pengaliran industri minyaknya ke AS negara
itu mengalami krisis permintaan minyak yang teruk
sehingga menatijahkan penyerangannya ke atas Iraq
selain faktor-faktor sampingan.
Mungkin helah politik AS untuk menangkap pengganas di
Afganistan juga adalah tipu daya awalnya untuk
menguasai wilayah itu. Bayangkan andai AS berjaya
menakluki Afganistan, sudah tentu AS tidak akan
mengundurkan tenteranya supaya boleh didirikan
pengkalan dan menguasai sumber ekonomi negara itu.
Sedangkan dalam masa yang sama, Afganistan akan kekal
berstatus sebuah negara yang disarati ketegangan
sosial, politik, etnik dan agama serta dibelenggu oleh
kemiskinan. Apa yang akan AS usahakan untuk menjamu
penduduk Afganistan seusai penguasaannya terhadap
negara tersebut? Melainkan membiarkan kemiskinan
berterusan lantaran majoriti penduduknya adalah
beragama Islam.
Amat wajar dan bertepatanlah sekiranya kempen
memboikot produk-produk Yahudi itu semakin mendapat
sokongan dari semua umat Islam. Bayangkan dengan
memboikot produk-produk mereka memungkinkan melemahkan
ekonomi mereka. Apabila ekonomi mereka terjejas maka
peruntukan yang disalurkan untuk membeli kelengkapan
penyerangan dan penindasan terhadap negara-negara umat
Islam juga akan terjejas. Ironisnya, tindakan
memboikot produk-produk mereka adalah sebahagian dari
jihad.
Justeru tindakan memboikot produk-produk keluaran
Syarikat Yahudi dan AS adalah tindakan yang wajar.
Malah disokong pula dengan menyekat eksport minyak ke
negara itu adalah langkah yang memungkinkan
Negara-negara Umat Islam melumpuhkan ekonomi Yahudi
dan Amerika. Selama ini Islam seolah dipermainkan oleh
Kafir lantaran tidak berani menyatakan sesuatu
kebenaran. Apalah susah sangat untuk tidak berkunjung
ke KFC, Mc Donalds, Pizza Hut, Chicken Tikka, Arby's,
Kantis, Paradise dan Mc Burger yang dikenal pasti
cawangan perniagaan Yahudi. Selian itu minuman
bikarbonat keluaran Syarikat Coca-Cola, Fanta, Sprite
dan Pepsi juga antara yang disarankan. Kempen ini juga
merangkumi produk-produk keluaran Syarikat-syarikat
yang dikenalpasti milik Yahudi termasuk hampir
keseluruhan syarikat rokok. Buktikan sokongan kita
Umat Islam melalui agenda memboikot produk-produk
mereka. Kita yakin ini adalah sebahagian jihad yang
mampu dilaksanakan dengan gembelingan tenaga bersepadu
seluruh umat Islam.
Rencana Serangan Ekonomi Sebahagian Jihad
Posted by HAWARI ZAKARIA @AZAHARI 0 comments
PRODUCING THE BEST LEADERSHIP
Terdapat satu fakta yang tidak dapat ditolak oleh sesiapa, iaitu Islam bukanlah perbuatan atau ciptaan manusia. Islam adalah dari Allah. Di antara sifat-sifat Allah ialah kebaikan serta kesempurnaan yang mutlak. Apabila Allah Ta’ala mengurniakan manusia sesuatu pemikiran kebaikan, maka Allah pastinya akan mengurniakannya secara Yang Maha Mulia, Maha Alim, Maha Berkhidmat dan Maha Berkuasa. Ini kerana Allah Ta’alalah Yang Maha Mencipta Seluruh Penghidupan termasuk manusia. Disebabkan ini apabila Allah menetapkan sesuatu undang-undang atau peraturan, pastinya lengkap dan tidak ada sesiapa yang boleh mengkritik atau menyelidik kembali, firman Allah dalam Surah al-Maidah, ayat 15-16
قد جاء كم من الله نور و كتب مبين يهدى به اتبع رضوانه سبل السلم ويخرجهم من الظامت الى النور باذنه ويهديهم الى صراط مستقيم
Maksudnya: “Sesungguhnya telah datang kepada kamu kitab (al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. Dengan (al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang dengan izin-Nya: dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus”.
KEPIMPINAN MENURUT ISLAM
Pengiktirafan Allah kepada kepimpinan manusia merupakan satu bentuk amanah. Maka kepercayaan untuk menguruskan alam ini perlulah difahami dan dilaksanakan sepenuhnya oleh insan muslim itu sendiri. Ini ditekankan oleh Sabda Rasulullah (s.a.w).
(( اذا خرج ثلاثة فى سفر فليأ مروا أحدهم ))
( رواه مسلم )
Maksudnya: “ Apabila tiga orang dari kamu keluar bermusafir, mesti melantik salah seorang dari kamu supaya menjadi pemimpin”.
Firman Allah :
Maksudnya : “ Sesungguhnya Aku (Allah) melantik manusia sebagai khalifah di atas muka bumi.
(al Baqarah : 30)
Khalifah ini dihuraikan oleh para ulama di dalam kitab-kitab mereka yang masyhur. Antaranya Ibnu Khaldun di dalam Al-Muqaddimah menyebut khilafah itu ialah “menggalang ganti kenabian (yakni selepas tidak ada lagi nabi) untuk memelihara agama (yakni Islam yang dibawa oleh semua nabi-nabi) dan mentadbir urusan dunia dengan agama”. Al-Mawardi dan Abul Ahkam Al-Farraq menyebut di dalam kitab mereka iaitu Al-Ahkam Al-Sulthoniah khilafah ialah “menegakkan agama dan mentadbir dunia”. Yang dimaksudkan menegakkan agama ialah agama Islam. Islam dengan makna menyerah diri kepada Allah, kerana semua alam adalah ciptaan Allah S.W.T.
Dalam sembahyang ada kita menyebut, ”Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam”. Alam di sini ialah makhluk yang terdiri daripada malaikat, burung-burung, tumbuh-tumbuhan bulan bintang dan sudah tentunya manusia juga tergolong dalam pengertian ini. Maka manusia mestilah menyerah diri kepada Allah, itulah Islam. Sebagai orang yang beriman wajib tunduk kepada segala hukum-hukum Allah, disebut di dalam Surah Al-Ahzab;
“Tidak harus bagi seseorang lelaki yang beriman dan seseorang perempuan yang beriman apabila Allah dan Rasulnya membuat suatu keputusan lalu dia mengambil keputusan yang lain”
Bagi melaksanakan urusan dunia dengan akal hanya perlu apabila ia tiada nas daripada Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. barulah dibenarkankan.
KEPENTINGAN DAN MATLAMAT
Kepentingan dan matlamat kepimpinan dalam Islam tidak dapat lari daripada matlamat dan tujuan penciptaan manusia iaitu sepertimana terdapat dalam Al-Quran ialah bertujuan untuk beribadat kepada Allah dan menjadi khalifah di dunia. Maka bagi memenuhi tujuan tersebut dapatlah kita ketahui kepentingan dan matlamat kepimpinan iaitu;
1) memakmurkan dunia dengan perlaksanaan syariat
Pengiktirafan manusia sebagai khalifah disertakan “peruntukan-peruntukan kuasa” yang tertentu menjadikan tugas pemimpin untuk melaksanakan syariat merupakan satu tuntutan yang pasti. Pemimpin wajib melaksanakan syariat Allah sepenuhnya, kerana dengan cara ini sahaja kemakmuran akan dapat dikecapi. Pemimpin mestilah yakin untuk mengaplikasi saranan-saranan Islam kerana ianya dijamin oleh Allah sebagaimana firmannya :
Maksudnya : Sesungguhnya agama (yang diterima) di sisi Allah adalah Islam
(al Imran : 19)
2) menyambung tugas rasul
Ketetapan bahawa Rasulullah merupakan utusan terakhir menegaskan tiada lagi pemimpin umat bertaraf rasul yag akan dibangkitkan hinggalah kebangkitan semula Nabi Isa, sedangkan tugas menegakkan syariat Allah merupakan kewajipan sepanjang zaman. Oleh itu, perlulah wujud pemimpin di kalangan manusia itu sendiri untuk mengambil peranan baginda. Pemimpin yang dimaksudkan adalah pemimpin yang benar-benar berkelayakan dan bertaraf ulamak. Diiktiraf dan dia sendiri menerima wala’ daripada orang di bawah pimpinannya.
3) bukti kepatuhan kepada Allah
Setelah berjaya merealisasikan kedua-dua matlamat utama di atas secara tidak lansung terbuktilah kepatuhan insan muslim kepada Allah, yang dipelopori oleh pemimpin-pemimpin yang berteraskan tauhid yang kukuh dan amalan yang benar. Masyarakat akan dibimbing supaya sentiasa taat kepada Allah dalam amalan seharian mereka dan mereka senantiasa diingatkan oleh pemimpin mereka agar sentiasa berlumba-lumba mencari keredhaan Allah.
4) kemaslahatan ummah
Kepimpinan yang wujud bertanggungjawab untuk memastikan hak-hak semua pihak terpelihara. Apabila keadaan ini dapat direalisasikan maka nasib ummat akan terbela dan maslahah akan terjaga. Ini adalah berdasarkan konsep keadilan di dalam Islam yang menuju ke arah keamanan sejagat dan kesejahteraan bersama.
KEPIMPINAN MENURUT IMAM AL-GHAZALI
Dr. Klod George (1968) dalam bukunya “Tarikh al-Fikri al-Idari” (Sejarah Pemikiran Pentadbriran) memuji al-Ghazali beserta kitabnya dan menyifatkan kandungannya sebagai panduan serta nasihat kepimpinan pengurusan dan pentadbiran yang penuh hikmah (sage managarial advice), usul-usul keadilan serta keinsafan yang sepuluh berasaskan keimanan dan bercabang darinya. Di antara kandungannya ialah:
“Ketahuilah wahai Sultan (pemerintah/pentadbir) bahawa segala apa yang dalam hati manusia dari makrifat atau kepercayaan merupakan asal iman. Dan apa yang dilakukan oleh anggota-anggotanya (yang tujuh) dari ketaatan serta keadilan, merupakan cabang iman. Jadi jika cabang itu layu (tidak cergas) boleh menunjukkan kelemahan harapan, ia sesungguhnya tidak akan kekal apabila tiba waktu kematian, usaha dan amalan badan melambangkan keimanan hati. Perbuatan atau kelakuan dan menunaikan fardhu-fardhu terbahagi kepada dua bahagian: Pertama: menunaikan haji, zakat, menjauhkan dari meminum arak atau melakukan perkara haram, yakni perkara-perkara di antara kamu dan Allah. Yang kedua pula ialah perkara-perkara di antara kamu dan manusia iaitu keadilan di antara rakyat dan memberhentikan kezaliman.
“Asas utama untuk melaksanakan perkara ini ialah mengerjakan segala perintah Allah serta menjauhkan segala larangan-Nya. Di samping melakukan apa yang patut berlaku jika terdapat pemerintah yang lain dan kamu sebagai rakyat di bawahnya (lakukan segala apa yang diredhai oleh rakyat). Dan ketahuilah bahawa segala apa yang di antara kamu dan Allah, sesungguhnya kemaafan –Nya amat dekat. Tetapi segala apa yang ada di antara kamu dan manusia tidak ada kepastian mendapat kemaafan. Jadi ia merupakan bahaya yang serius pada hari kiamat kelak. Tidak ada mana-mana raja yang boleh selamat kecuali raja yang adil dan insaf serta mengetahui bagaimana mendapat kemaafan pada hari kiamat kelak”.
Inilah asas akidah bagi kaedah-kaedah serta keinsafan menurut al-Ghazali.
KESIMPULAN
Kepimpinan dalam Islam adalah kepimpinan yang beriman dengan matlamat dan berpegang teguh dengannya, boleh memuaskan hati para pengikut secara contoh teladan dari pihak pemimpin yang berjuang serta berazam untuk mencapai matlamat kumpulan. Contoh yang paling mulia ialah Rasulullah SAW, tanpa mengeluh atau mengundur. Dan juga perjuangan Abu Bakar as-Siddiq r.a bagi menyebarkan dakwah Islamiyah dan memerangi orang yang kembali kufur selepas kematian Rasulullah SAW (para Murtaddin). Maka apakah perlu kita berasa bongkak dengan mengatakan kita tidak perlu kepada Allah kerana kita mampu lakukan segalanya. Ketahuilah! Ketetapan daripada Allah inilah yang perlu kita patuhi kerana manusia hanya mampu lakukan sesuatu jika dikurniakan oleh Allah sahaja. Firman Allah dalam Surah al-Isra’ ayat 85:
وما اوتيتم من العلم الا قليلا
Maksudnya: “ Dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja”.
Posted by HAWARI ZAKARIA @AZAHARI 0 comments
TUDUNG LABUH PUN SAMA JE...
"kalau setakat pakai tudung labuh nak tutup kesalahan baik tak payah!!!!!, JANGAN JADI HIPOKRIT.Baik pakai tudung saji je.."
"Budak2 tudung labuh ni x campur ngan orang lain.Kuat sangat assobiah.Macam r baik sangat.Benci aku!"
"skang nie pmpuan btudung ke x btudung ke same jek...
kalu pakai tudung stakat nk tutup kesalahan x payah laaa..nnti org taw gak..."
"Aku lagi suka wanita tak bertudung. Atleast tak hipokrit. Jadi diri sendiri. Ape orang tgk itulah diri dia. Bukankah hipokrit= munafiq."
"alah,x pakai tudung pn klu hati baik, tuhan tahu.Iman 2 kat dalam bukan kat luar.Pakai tudung pn klu jahat,tuhan tahu"
Ha, kat atas ni antara sekelumit pandangan dan umpatan2 org kat bdk2 tudung labuh yang aku sempat copy dari blog2 len.Skali tgk,hoho..teruk betul bdk2 tudung labuh ni.(Bila cakap tudung labuh ni,mesti r muslimat kn, jd kita kaum adam masih bersih kat cn..hehe).Aku rasa korang pn mesti slalu dgr ayat2 cam kat atas ni kan.SO, kena trima r realiti ni."TUDUNG LABUH PN SAMA JE.."
Amacam sobat2 sume?Setuju x?
Ni pandangan aku r.Aku bg dalam bentuk situasi r utk senang paham.Contoh, yg biasa kita tgk, sorang bdk tudung labuh sedang dop dating ngn pakwe dia.Berjam-jam dop borak.Huh,tudung je labuh..dalam situasi ni confirm ramai mulut belakang yg akan mencemuh,mengkritik dan mengejek.SO,aku nak tanya korang,elok x apa yg bdk ni buat.Klu tanya aku mmg x elok sbb dop dating cam2.Apapn,kita leh tanya pada pengkritik,pengejek dan pencemuh 2, apa yg salah? Tudung labuh or dating 2 yang salah?....So, nape kita nak campur adukkn.Tp mungkin sbb "tudung labuh VS dating" ni nampak sgt contra.X mashuk org2 muda ckp..Kita x leh nk nafikan sebenarnya bdk ni sekurang2nye dah settle dari sudut kesempurnaan menutup aurat.Patut kita bg pujian kat dia.Cumanya yg salah adalah prangai dia yg dating td.Yang ni kita kena tegur.Jadi tempat yg patut kita puji,kita puji r kan.Tempat yg kena kutuk,tetap kena kutuk.
Sebenarnya klu kita perhatikn betul2 dari situasi td, telah pn memberi kredit kpd pemakaian tudung labuh.Knapa?Sebab sebabkn bdk td pakai tudung labuh r ramai yg akan kritik,ejek dan tegur dia.Jadi ngn sendirinya nanti bdk tudung labuh akn malu, sedar or sebagainya.Tp cuba lak katakn budak yg dating ni x pakai tudung.Confirm ramai yg buat x tau je.Sbb apa?Sbb "x pakai tudung VS dating" mmg mashuk.hehe..SO,bdk tudung labuh ni td dah pn mmpunyai peluang utk berubah lbh besar dari yg freehair td.
Klu tgk lagi,antara orang slalu cakap "pakai je tudung labuh tp..malu r sikit ngn tudung 2"..ha,yup.MALU.Ini antara kelebihan bila pakai tudung labuh.Ngn sendirinya prasaan malu utk buat maksiat akn timbul.So,diri lebih trjaga.Sama r gak klu utk muslimin bagi yg pakai kopiah or serban.Confirm korang malu nak pakai seluar pendek.Cuba bayang, pakai kopiah/serban, seluar pendek.huhu..tragis.
Apapn,semua ayat2 dan umpatan2 kat kpd bdk2 tudung labuh ni patut menjadi cabaran kpd semua muslimat.Itu r realiti pandangan umum sebahagian masyarakat kt bdk2 tudung labuh.Umpatan2 ni x akan keluar saja2 klu xde sebab.Bab kat pepatah " pokok x kan bergoyang klu xde angin".SO,TAKE THE CHALLENGE!.Buat para pendokong agama,semangat utk sempurna dlm brpakaian dah bagus tinggal lagi hikmah dan method sahaja yg perlu dibaiki mana yg perlu.
Last,wat sume muslimat2 sume.Jaga imej selari ngn akhlak anda.Wat muslimin pn sama gak,jgn dop brcakap je sedap,tp wat keje malas.Huhu..kena kat diri sendiri lak.JOM DO OUR BEST!
(byk lg kelebihan pakai tudung labuh ni..confirm para muslimat lebih pakar.MUSLIMAT POWER!-MUSLIMIN SUPER!= SUPER POWER!)
Posted by HAWARI ZAKARIA @AZAHARI 3 comments
PSIKOLOGI PENGURUSAN
![]() |
Posted by HAWARI ZAKARIA @AZAHARI 0 comments
BELENGU DALAM HIDUP SEORANG PEJUANG
Posted by HAWARI ZAKARIA @AZAHARI 0 comments
Gerai SMS’S CORNER adalah gerai yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Gerai ini akan beroperasi selama dua hari bermula dari 23 dan 24 Mac 2010. Perniagaan ini akan diadakan di persekitaran Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya. Tumpuan utama pengunjung adalah dari kalangan mahasiswa serta kakitangan Universiti Malaya.
Gerai ini ditubuhkan adalah untuk memenuhi keperluan kursus wajib universiti iaitu kursus Asas Pembudayaan Keusahawanan (APK). Gerai SMS’S CORNER dianggotai oleh 23 orang anggota dan telah ditubuhkan pada awal semester iaitu pada awal Januari 2010. Setelah dipersetujui oleh semua anggota maka kami sepakat untuk menubuhkan gerai ini dengan nama SMS’S CORNER.
Posted by HAWARI ZAKARIA @AZAHARI 0 comments
Pengganas Sebenar…
Posted by HAWARI ZAKARIA @AZAHARI 0 comments
BERSUARA ATAU DIAM??
Diriwayatkan daripada Abu Syuraih al-Khuza'iy r.a katanya:
Tujuan Hidup
Riwayat: Sahih Muslim
Diriwayatkan daripada Abu Syuraih al-Khuza'iy r.a katanya:
Tujuan Hidup
Riwayat: Sahih Muslim
Posted by HAWARI ZAKARIA @AZAHARI 0 comments
BERANI GAGAL
Posted by HAWARI ZAKARIA @AZAHARI 0 comments
BAGAIMANA MENJADI UMAT YANG TERBAIK
Mengikut Imam Qatadah, Khalifah Omar Al-Khattab pernah berkata berhubung ayat ini, sesiapa yang suka digolongkan dalam golongan umat yang terbaik ini, tunaikanlah syarat Allah yang terdapat dalam ayat ini.
Sahabat nabi berjaya menunaikan syarat-syarat ini. Syarat-syarat ini ialah :
1 ) Mengajak kepada maaruf
2 ) Mencegah kemungkaran
3 ) Beriman dan melaksanakan tuntutan iman yang telah ditetapkan oleh Allah.
Sebenarnya tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan. Dunia tidak pernah menemui golongan sehebat umat ini. Mengikut sebuah hadis bertaraf hasan yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, nabi bersabda yang bermaksud “ Kamu menggenabkan 70 umat yang diutus dan kamu merupakan golongan yang terbaik dan termulia dari kalangan mereka “.
Dunia terutamanya dunia barat sepatutnya berterima kasih kepada umat ini kerana tanpa sumbangan kita iaitu umat islam, dunia tidak akan mengecap kemajuan dan pembanggunan seperti yang dikecap pada hari ini. Hal ini pernah dinyatakan tanpa segan silu oleh Carleton S ataupun Carly Fiorina, Pengerusi ataupun CEO Hewlett Packard Company. Ketika beliau menyampaikan ucapan yang bertajuk Technology Business And Our Way Of Life: What's next pada 26 September 2001 di Minneapolis Minnerota.
Beliau berkata “Pada suatu ketika dahulu, ujud satu tamadun yang terbesar didunia. Empayarnya begitu luas, bersambung-sambung dari lautan ke lautan menjangkau kawasan utara tropika dan
Akhirnya Carly Fiorina menutup ucapannya dengan berkata “Tamadun yang saya maksudkan ini sebenarnya ialah tamadun islam yang berkembang dari tahun 800 - 1600 masihi“.
Jadi, marilah sama-sama kita mementingkan ilmu, takwa dan amal. Kita ledakkan ketiga-tiga ini dalam diri, keluarga dan seluruh kehidupan kita dan insyaallah dengan itu kita akan menegakkan yang maaruf dan meruntuhkan kemungkaran dan melaksanakan tuntutan iman kepada Allah. Semoga kita dapat melaksanakan agenda ini insyaallah.
Posted by HAWARI ZAKARIA @AZAHARI 0 comments