BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Siasah Dakwah

Seringkali dakwah dikaitkan dengan masjid dan seringkali tugas utama ini disempitkan fokusnya Ini sebenarnya menyalahi sunnah perjuangan rasul dan kaedah  Al Ikhwanul muslimin. Pernah Rasulullah mengambil bangkai anak kambing yang cacat telinganya dan menawarkan kepada sahabat dengan harga 1 dirham. Dan apabila sahabat enggan membeli kambing itu di pasar maka Rasulullah menyatakan bahawa sehina-hina anak kambing ini, hina lagi dunia disisi Allah. Lihatlah kehebatan uslub dakwah nabi yang mana tidak memilih tempat dan bahan untuk berdakwah tetapi mampu menitiskan air mata para sahabat. Kerana itulah ana berhasrat tinggi memimpin saudara yang ana kasihi dalam Tariquddakwah yang syumul dan tidak melampaui batas tertentu.


Sebenarnya sasaran dakwah yang segar dan berhak menerima perubahan adalah golongan muda dan belia. Mereka seringkali berada di kafe, pusat membeli belah dan tempat berehat. Maka semestinya kita membuka hijab antara kita dan madu'(sasaran dakwah). Bahan Dakwah Bahan untuk tugas mulia ini tidak terhad kepada Al Quran dan hadis atau kisah perjuangan dan sebagainya ,tetapi mengikut kefahaman sasaran , inilah dikatakan berhikmah. Setelah berbual hal-hal dunia, cuba kita masukkan perkara targhib iaitu cerita tentang kisah syurga dan kenikmatan dalam pahala dan sebagainya. Inilah tarikan utama dalam dakwah. Seterusnya kisahkan hal-hal Tarhib iaitu kisah azab dan siksa sekiranya mereka melanggar hukum Allah. Berita gembira dinamakan basyirah manakala berita azab dinamakan naziroh. Jangan bercakap melebihi 10 minit untuk mengelakkan kebosanan. Ingat! dakwah ringkas tetapi istiqamah adalah lebih berkesan dari panjang meleret tetapi sekerat jalan

Assyahid Hassan Al Banna telah membuka hati para pengunjung disko dengan dakwah 10 minit ini dan akhirnya disko banyak ditutup di Mesir. Para pendakwah yang gopoh dan tidak ada asas tarbiah seringkali menggagalkan misi jamaah kerana mereka ingin memetik hasil dakwah sebelum masak buah sasaran itu. Contohnya Gerakan pemuda Mesir yang telah membakar kedai arak di Mesir dan akhirnya mereka dipenjarakan.Mereka bersemangat tetapi gopoh dan jahil hingga mengesploitasi konsep tauhid HAKIMIAH yang disebarkan kan oleh Syed Qutb.Mereka menuduh kafir kepada pemerintah Mesir dan mengatakan itu hanyalah pendapat SyedQutb.Ingat Gerakan Pemuda Mesir adalah sekutu sahaja dengan Ikhwanul muslimin bukan nya ahli Ikhwan.Kerana itulah Assyahid pernah menegaskan adalah rugi berkerjasama dengan pertubuhan yang tiada asas fikrah yang sahih dan tulin seperti kita dan mempunya hasrat lain serta tidak mengikut marhalah(tingkatan) dakwah satu demi satu.

Kita juga digalakkan menyebut ayat Alquran tetapi tidaklah menafsir setiap istilah kerana ini memeningkan kepala mereka. Saudaraku ,ana menggunakan ayat ringkas dan menyebut perkara remeh dalam dakwah kerana setelah terlalu banyak meneliti fikrah Ikhwanul muslimin dan ana menyimpulkan antara pendakwah dan sasaran tiada hijab dan perlu ada kefahaman dari segi cara hidupnya.Biarpun tiada dalil naqli yang kita guna tetapi uslub ringkas dan padat adalah pilihan utama As Syahid Hassan Al Banna tokoh pendakwah dan mujjaddid yang amat ana kagumi.

Saudaraku perlulah menghormati ulama' dan jangan membelakangkan ulama dalam sebarang kerja kita .Seharusnya kita tentukan dahulu aliran pemikiran ulama tersebut agar kita tahu adab bersamanya.Jadi luaskan pergaulan dan pemikiran agar kita tidak melakukan kesilapan yang mengundang susah hanya kerana halangan ulama'.Jangan sesekali berdebat dengan ulama di depan para hadirin lain kerana tiada adab dengannya. Bersama golongan salaf. Golongan ini adalah golongan sunnah yang cuba mengikut 100% hukum direct dari sumber utama iaitu Alquran dan Sunnah.Lebih dikenali sebagai golongan Wahabiah dan mereka amat keras terhadap bid’ah .Maka ahli Ikhwanul muslimin dilarang membincangkan perkara aqidah terlalu terperinci hingga mengatakan pihak lain tidak benar dan menegaskan kepada sasaran dakwah kita bahawa membincangkan perkara furu' dan hal-hal bid’ah adalah tidak ada kesudahan kerana masalah umat lebih aula dibincangkan .(rujuk Risalah Ta'lim). Bersama golongan sufi. Perlu bersopan didepan syeikh tariqat dan sufi .tetapi jikalau mampu berbincanglah dengannya bahawa umat memerlukan para ulama'dan orang yang memahami Islam untuk turun ke gelanggang dakwah .

Amalan Tazkiyatul Nafs (perbersihan diri) yang lebih aula bukan sekadar berzikir dan bertafakur tetapi menyuci diri dan umat dari kerosakan aqidah nifaq dan syirik kepada Allah.Pembersihan ini menghasilkan umat yang teguh dari ancaman sekularisma dan ediologi barat yang sesat.Ulama perlu terjun kepada masyarakat dan bermuwajahah(bersemuka) sendiri dengan pemerintah zalim dan inilah golongan sufi haraki .Tetapi ini perlu dilakukan secara berhikmah.Wirid yang paling sempurna dan meningkatkan semangat jihad ialah almathurat dan kita patut menghafalnya. Bersama pertubuhan lain. Sepatutnya sahabat sekalian menyenaraikan pertubuhan pelbagai fikrah dan cuba selami mereka tetapi perlu mempunyai tajarrud iaitu kemurnian fikrah dan sentiasa memelihara fikrah kita supaya tidak tercemar.

Siasah ini perlu agar kita mengetahui latar belakang pertubuhan lain dan mendapatkan kepercayaan mereka dalam apa jua dakwah kita termasuk politik kampus.Dan ana amat percaya para sahabat yang dikasihi sekalian turut ada misi tertentu di kampus masing- masing dan ana akan terus berdoa dari jauh untuk kalian Indahnya Berdakwah dengan IKHWAN. Mungkin saudaraku berasa hairan kenapa ana menggunakan kalimah dan kaedah ikhwanul muslimin dalam pengisian kalian dan pengisian junior baru-baru ini adalah kerana waqi kampus kita berlainan dan tidak sama pengkaderan dan siasah politiknya ,maka kaedah tulen dan teori fikrah jamaah agung yang ana cuba bawa untuk kalian kerana kaedah IKHWAN adalah sesuai untuk semua negara dan waqi kita.

Jika kalian terjumpa jurnal, risalah buku atau hasil kajian tentang perjalanan dakwah Ikhwan .Sewajarnya BELI kerana kalian tidak rugi sesenpun , malahan kalian akan memahami lebih dari ahli jamaah lain di kampus kalian.Banyak tokoh tokoh Ikhwan yang menulis buku ilmiah seperti Assyahid sendiri,Asyyahid Syed Qutb dan sejarah nya sebelum menyertai Ikhwan ,Said Hawwa Mursyidul Am Ikhwan di Syiria,Al Ghazali,Zainab Al ghazali,Hassan Al Hudaibi dan Mustapha Masyur iaitu Mursyidul Am Ikhwan terbaru seluruh dunia.dakwah mereka sederhana dan tidak terlaluan atau fanatik…dan sekiranya jihad mereka tidak benar kenapakah mereka dari dahulu hingga sekarang diseksa dibawah tanah? Ingat hanya orang yang diuji sahaja boleh bergelar orang beriman dan bagaimana orang yang hanya berwirid dan beramal fadhilat semata….Fikirkan wahai saudaraku

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...